• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 10 Hari Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Kekal Misteri

oleh Mohd Arshad
27/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Selepas 10 Hari Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Kekal Misteri
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiada sebarang jawapan spesifik ditemui berhubung punca bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di beberapa kawasan sekitar daerah ini, minggu lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, siasatan masih diteruskan oleh pihak polis kerana melibatkan aspek keselamatan negeri.

“Siasatan diteruskan tetapi belum temui secara spesifik, jadi kita tidak dapat beri komen lagi. Hasil siasatan yang diperoleh polis nanti akan menjadi laporan kepada negeri.

“Kejadian ini sudah beberapa kali di Perak dan Selangor dan ia masih tiada jawapan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Malaysia Culinary World Cup 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan terus menjalankan kajian dari punca geologi sekitar Ipoh dan setakat ini belum dapat mengesan puncanya.

“Mengikut kajian bunyi letupan misteri telah dilaporkan di seluruh dunia sekian lama tanpa penjelasan yang pasti.

“Bunyi ini digambarkan dari arah langit dengan letupan yang sederhana hingga kuat, dan kadangkala menggegarkan tingkap dan dinding bangunan.

“Selain Ipoh, letupan misteri juga pernah berlaku di Jepun, Amerika Syarikat, Bangladesh, Belgium, Australia dan United Kingdom, Kanada, Colombia, Finland, Vanuatu, Australia, Italy, Ireland dan Indonesia,” katanya.

Tambah kenyataan itu, letupan misteri itu pernah berlaku pada tahun 2012, 2018, 2024 dan terbaru pada 18 Jun lalu di Ipoh.

“Telah dipastikan bukan akibat letupan aktiviti kuari, ujian bom atau ledakan sonik dari kapal terbang jet,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Ipohletupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd