• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada 16 Jun lalu.

Menerusi kenyataan di media sosial, beliau berkata pemergian Allahyarhamah bersama Allahyarham Koperal Norazmi Abu Bakar amat dirasai seluruh warga ATM, khususnya Tentera Darat Malaysia dan merupakan satu kehilangan besar kepada perkhidmatan serta negara.

“Saya mendoakan agar Encik Sungip bin Jais, Puan Zaleha Said dan seluruh keluarga Allahyarhamah terus diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Beliau turut mengajak orang ramai mendoakan agar Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip dan Allahyarham Koperal Norazmi Abu Bakar dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.57 pagi pada 16 Jun lalu, kedua-dua anggota terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim akibat kecederaan parah selepas terkena letupan bom ketika menjalani latihan membaling grenad. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khaled Nordin

Tags: ahli keluargaAllahyarhamah Prebet Siti Khadijah SungipDatuk Seri Mohamed Khaled NordinGrenadeletupanmautMembalingmenteri pertahananterkorbanziarah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd