• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

oleh Mynewshub
29/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri tular di media sosial hari ini, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai mengenai dakwaan berlakunya satu letupan di perairan berkenaan.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/06/VID_20260629_112217_949.mp4

Video berdurasi singkat itu menunjukkan asap menjulang tinggi dari permukaan laut sebelum api dilihat terus marak beberapa ketika dan kemudiannya beransur reda.

Bagaimanapun, setakat ini punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan tiada sebarang pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau agensi berkaitan mengenai lokasi sebenar insiden tersebut.

Turut belum dipastikan sama ada kejadian itu membabitkan sebuah pelantar minyak, kapal, kemudahan luar pesisir atau punca lain.

Rakaman yang tular itu mengundang kebimbangan orang ramai dengan ramai netizen berharap tiada mangsa terlibat sekiranya insiden berkenaan benar-benar berlaku.

Sehingga kini, tiada laporan rasmi mengenai sebarang kemalangan atau kehilangan nyawa berkaitan kejadian tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran berita palsu.

Mynewshub sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa serta agensi berkaitan dan akan mengemas kini perkembangan kes sebaik sahaja kenyataan rasmi dikeluarkan.-MYNEWSHUB

Tags: Air LautletupanMiriMisterimynewshubpuncasarawak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd