• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia yang berada di Iran dinasihatkan untuk meninggalkan negara tersebut serta-merta melalui apa jua kaedah selamat memandangkan keadaan semakin meruncing susulan konflik Iran-Israel.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Teheran sedang memantau rapi perkembangan keselamatan di negara tersebut.

Menurut kenyataan terbabit, usaha itu dipertingkatkan susulan tindakan agresif rejim Israel terhadap Iran pada 13 Jun lalu yang memburukkan lagi ketegangan di rantau berkenaan.

“Situasi semasa sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal. Keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kementerian ini.

“Buat masa ini, Kedutaan Besar Malaysia di Teheran berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Iran. Kesemua mereka disahkan selamat dan dinasihatkan untuk meninggalkan Iran dengan segera.

“Kedutaan Besar Malaysia akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran,“ katanya pada Selasa.

Terbaharu, media antarabangsa melaporkan, sebanyak 21 negara Arab dan Islam mengeluarkan kenyataan bersama mengecam serangan udara Israel ke atas Iran serta menyeru agar ketegangan serantau ditangani, pelucutan senjata nuklear dilaksanakan tanpa pilih kasih dan undang-undang antarabangsa dihormati.

Negara yang terlibat dalam inisiatif itu ialah Turkiye, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan, Bahrain, Brunei, Chad, Gambia, Algeria, Comoros, Djibouti, Arab Saudi, Sudan, Somalia, Iraq, Oman, Qatar, Kuwait, Libya, Mesir dan Mauritania.

Wisma Putra turut memaklumkan, kementerian telah mengaktifkan bilik gerakan berkuat kuasa Selasa sebagai langkah berjaga-jaga dan ahli keluarga terdekat kepada rakyat Malaysia yang berada di Iran boleh menghubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut di +603 8887 4570 atau emel dutyofficer@kln.gov.my.

“Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran beralamat No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau +98 21 8807 2444, +98 21 8807 8606 dan +98 933 535 2602.

“Boleh juga emel mwtehran@kln.gov.my atau mwconsular.teh@gmail.com,“ ujar kenyataan itu lagi.

SinarHarian-

Tags: Iranrakyat MalaysiaWisma Putra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd