• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

oleh Mohd Arshad
13/06/2025
dalam Terkini
0
Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba menyeludup 86 kilogram (kg) ganja, pada 27 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung tangkapan itu daripada Kementerian Luar Negeri pada 3 Jun lalu.

“Saya sahkan tiga lelaki tempatan, termasuk seorang penyanyi rap, ditahan pihak berkuasa Laos pada 27 Mei lalu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane.

“Pemeriksaan terhadap enam bagasi yang dibawa suspek menemui 103 bungkusan plastik mengandungi ganja seberat 86 kilogram,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu dalam perancangan menaiki penerbangan Thai Airways dari Laos ke Jerman bagi menghantar bekalan dadah berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia antara 25 hingga 29 tahun.

“Semakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati mereka berlepas ke luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 Mei lalu.

“Namun, semakan dengan pihak berkuasa Thailand menunjukkan tiada sebarang rekod keluar masuk ke negara itu pada tarikh sama,” katanya.

Tambah beliau, maklumat yang diperoleh hasil soal siasat akan disalurkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk tindakan lanjut.

Semalam, BH melaporkan tiga rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay selepas didapati cuba menyeludup lebih 100 bungkusan ganja seberat kira-kira 86 kilogram.

Menurut laporan The Laotian Times, tangkapan dijalankan oleh pegawai kastam, pasukan keselamatan lapangan terbang dan beberapa agensi lain yang mengesyaki sesuatu mencurigakan terhadap tiga pelancong berkenaan ketika pemeriksaan rutin.

Rampasan dilakukan pada 27 Mei selepas pegawai kastam dan pasukan keselamatan lapangan terbang mengesan aktiviti mencurigakan ketika pemeriksaan rutin terhadap tiga pelancong dari Malaysia.

Pemeriksaan lanjut terhadap enam beg pakaian milik mereka menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan dalam bagasi, dengan anggaran berat keseluruhan lebih 86 kilogram.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki berkenaan dijadual menaiki penerbangan Thai Airways menuju ke Jerman dan ganja terbabit dipercayai untuk diedarkan di negara berkenaan.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, semalam, mengesahkan tangkapan tiga warga Malaysia berkenaan.

BHonline-

Tags: ditahanLaospenyanyi raprakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd