• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

oleh Mohd Arshad
22/05/2025
dalam Terkini
0
Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Notis tuntutan kerajaan Sarawak terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tidak terbatal secara automatik susulan deklarasi yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan semalam.

Sebaliknya Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata pihaknya menyerahkan kepada pasukan perundangan untuk menelitinya.

“Tidak, kami serahkan kepada pihak yang sah (pasukan perundangan kerajaan Sarawak dan PETRONAS) untuk meneliti, …kerana ada prosesnya.

“Jika hendak digantung, mungkin ada penggantungan dan kemudian ditarik balik, tetapi yang itu saya serahkan kepada pihak yang sah,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak semalam memeterai deklarasi yang menandakan persefahaman PETRONAS dan PETROS untuk mengusahakan kegiatan minyak dan gas secara bersama mengikut lunas peruntukan undang-undang Persekutuan dan negeri Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata melalui pemeteraian deklarasi itu, kedua-dua peruntukan berkenaan akan dihormati dengan dua entiti dalam industri minyak terbabit akan bergerak bersama demi kepentingan bersama.

Memperincikan mengenai deklarasi itu, Anwar berkata, peranan PETRONAS tidak tergugat, sebaliknya syarikat minyak dan gas negara itu meneruskan peranannya melalui kerjasama dengan PETROS.

“Persefahaman yang kita lakukan ini adalah bagi memastikan pergerakan PETRONAS diteruskan dan peranan PETROS di Sarawak diiktiraf dan kedua-duanya bekerja berganding bahu mengangkat martabat negara melalui industri minyak dan gas di peringkat hiliran, huluan dan beberapa kegiatan alternative energy (tenaga alternatif) yang dibicarakan.

“Sebagaimana turut dicatatkan (dalam deklarasi bersama) hasrat kita bersama adalah menjadikan Sarawak sebagai hab permulaan (industri minyak dan gas) bagi ASEAN.

“Bagi saya, pendekatan itu sangat realistik. Ia akan memberikan kemenangan kepada negara dan keberhasilan serta mengangkat kedudukan ekonomi Sarawak,” katanya.

Tambahnya, dari segi prinsip, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak mempunyai kefahaman yang jelas mengenai kedua-dua akta yang berkait dengan aktiviti minyak dan gas di Sarawak iaitu Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO) dan di peringkat Persekutuan melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA).

“Perkara ini sebenarnya dari segi prinsip sudah lama disepakati seperti mana saya dan Premier pernah berunding, sudah ada parameter yang jelas iaitu menerima PDA 1974 dan DGO 2016.

“Maknanya, keadaan terkini menuntut kita menerima kenyataan bahawa Sarawak berkembang lebih matang dan lebih punyai keupayaan, termasuk mendirikan syarikat minyak negeri yang punyai potensi besar,” katanya.

Berita lanjut menyusul

BHonline-

Tags: Kerajaan Sarawakpetronastuntutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Tuntutan Perlu Utamakan Bahasa Melayu – PM

Tuntutan Perlu Utamakan Bahasa Melayu – PM

12/12/2025
0

LANGKAWI: Perdana Menteri menjelaskan sebarang tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum perlu mengambil kira kedudukan bahasa Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd