• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Sifat belas ihsan dan perikemanusiaan yang diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara atau membiarkan pihak tertentu melangkaui batas undang-undang.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, rakyat semakin gusar melihat segelintir golongan yang asalnya diterima atas dasar kemanusiaan semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.

“Dalam adat Melayu dan ajaran Islam, tetamu sentiasa dimuliakan. Namun, tetamu yang mengenal adab akan tahu menghargai budi, menghormati undang-undang dan memahami batas dirinya.

“Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda. Jangan sampai kerana terlalu murah hati, tuan rumah pula dipersoalkan haknya di rumah sendiri,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1448 Hijrah/2026 Masihi di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, peristiwa hijrah Rasulullah memberi pengajaran bahawa sesebuah masyarakat tidak dapat dibina hanya berasaskan belas ihsan semata-mata, sebaliknya perlu diperkukuhkan dengan keadilan, kedaulatan dan undang-undang. – MYNEWSHUB

Tags: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahbelas ihsanBidukkemanusiaanNakhodaNEGARASultan Pahangtuntutanundang-undang
Share214Tweet134SendShare

Related Posts

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kemakmuran sebenar sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada angka...

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa beliau sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib Sepahtu berhubung kenyataan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd