• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

oleh Mynewshub
28/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman membuat permohonan itu menerusi perbualan telefon.

“Sewaktu perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh hari ini, kami menyentuh pelbagai perkara berkaitan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Bangladesh, khususnya dalam bidang tenaga dan pelaburan demi manfaat bersama.

“Antara perkara utama yang dibangkitkan ialah cabaran bekalan gas yang sedang dihadapi Bangladesh terkait kekangan bekalan justeru beliau memohon bantuan Malaysia termasuk melalui kerjasama dengan Petronas bagi membekalkan LNG untuk membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Anwar berkata, dalam perbualan telefon itu, turut dibincangkan kerjasama ekonomi, termasuk kemajuan pelaburan melibatkan Axiata serta potensi kerjasama strategik bersama MMC Port dalam memperkukuh hubungan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua negara.

“Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan persahabatan yang telah lama terjalin dengan Bangladesh, berteraskan semangat saling menghormati, kerjasama yang pragmatik serta iltizam untuk membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: BangladeshbantuanbekalanDatuk Seri Anwar IbrahimGas Asli CecairLNGPerdana MenteriPerdana Menteri BangladeshpetronasTarique Rahman
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd