• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

oleh Mohd Arshad
06/05/2025
dalam Terkini
0
Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) penggal 2025-2029.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, setakat ini tiada pencalonan lain, namun perlembagaan badan induk berkenaan menetapkan tempoh pencalonan presiden dan jawatan lain masih dibuka sehingga hari pemilihan selain sesiapa sahaja layak untuk dicalonkan.

“Buat masa ini calon nama (presiden) hanya Tengku Zafrul. Ikutkan tiada pertambahan pencalonan (bagi presiden) dan buat masa ini tiada yang kita dengar untuk pencalonan (bagi calon naib presiden dan timbalan presiden),” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini pada Selasa.

Pada Mac lepas, Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam mengumumkan bahawa majoriti ahli majlis BAM mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Tengku Zafrul sebagai presiden baharu.

Subramaniam berkata, pencalonan itu mencerminkan keperluan kepimpinan yang kukuh dan stabil bagi memacu persatuan berkenaan ke hadapan.

Pada awal tahun lepas, Tengku Zafrul hampir dilantik menjadi presiden BAM bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, yang pada mulanya bercadang untuk meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta Mohamad Norza mempertimbangkan semula keputusan itu dan kekal memegang jawatan berkenaan sehingga Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Selepas temasya itu berakhir, BAM memutuskan untuk melantik Subramaniam sebagai pemangku presiden sehingga AGM pada Mei ini.

Januari lepas, Datuk Seri Khairudin Abd Samad turut menawarkan diri untuk mengisi kekosongan kerusi panas berkenaan berdasarkan pengalamannya sebagai naib presiden BAM sejak 2017 dan Presiden Persatuan Badminton Putrajaya (PjBA) selama 15 tahun.

Pemilihan BAM dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini semasa AGM dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Kenny berkata, BAM akan memberikan masa kepada beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk mengharungi beberapa kejohanan terdekat sebelum memutuskan sama ada mahu melanjutkan kontrak bersama badan induk itu.

“Kontrak Pearly-Thinaah, kita lihat dalam seminggu dua ini. Sebab mereka ada kejohanan akan datang, jadi kita beri masa dekat mereka,” katanya.

-Bernama

Tags: BAMtengku zafrul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd