• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

oleh Mohd Arshad
26/05/2025
dalam Terkini
0
Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh National Feedlot Corporation (NFCorp) dan empat yang lain berhubung dakwaan kebocoran maklumat sulit akaun bank mereka, 13 tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan itu dengan kos dan mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2023.

Dalam prosiding sama, beliau membenarkan rayuan balas NFCorp dan empat yang lain itu untuk mengetepikan ganti rugi nominal RM10,000.

Bagaimanapun, beliau yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais menetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar Public Bank kepada lima pihak terbabit pada 18 Jun ini.

Semasa membaca keputusan sebulat suara, Hakim Hasnah berkata, panel berpendapat undang-undang lazim tidak terpakai dalam kes ini.

“Berhubung ganti rugi, kami memerlukan masa untuk melihat semua dokumen sebelum membuat keputusan.

“Jadi, mahkamah menetapkan 18 Jun ini untuk keputusan berhubung ganti rugi,” katanya ketika prosiding dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

Pada 29 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman NFCorp dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohamad Salleh Ismail serta tiga anak syarikat iaitu National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd terhadap Public Bank Bhd.

Mohamad Salleh adalah suami kepada bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Saman RM560 juta yang difailkan pada 2012 itu berhubung dakwaan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp dan tiga anak syarikatnya disebarkan kepada umum secara meluas oleh bank berkenaan.

Pada 30 Ogos 2023, Mahkamah Rayuan mengarahkan Public Bank membayar ganti rugi kepada NFCorp dan empat pihak itu.

Ia selepas mereka berjaya dalam rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM560 juta terhadap Public Bank atas kebocoran-kebocoran maklumat sulit itu.

Mahkamah Rayuan memutuskan lima pihak itu hanya layak mendapat ganti rugi nominal.

Tidak berpuas hati dengan keputusan terbabit, mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, sementara Public Bank memfailkan rayuan berhubung isu liabiliti.

Dalam kes saman berkenaan, perayu iaitu lima pihak terbabit mendakwa maklumat akaun bank yang bocor itu digunakan oleh Naib Presiden PKR ketika itu, Datuk Rafizi Ramli untuk menguatkan dakwaan bahawa mereka memanfaatkan pinjaman kerajaan bagi membeli lapan hartanah KL Eco City.

Mereka juga mendakwa reputasi dan kredibiliti perniagaan mereka telah mengalami kerugian dan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki akibat pelanggaran keselamatan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) oleh bank.

SinarHarian-

Tags: kes samanmahkamah persekutuanPublic Bank
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

28/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merujuk empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd