• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

oleh Mohd Arshad
26/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, semua jangkitan dikenal pasti berpunca daripada hubungan seksual tidak selamat.

Katanya, situasi itu mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan kes dalam kalangan golongan muda, termasuk mahasiswa.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKNJ) memperkukuh pelaksanaan Program PROSTAR 2.0 sejak 2023 dengan kerjasama institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan kesedaran dan pencegahan HIV dalam kalangan remaja dan belia.

“Seramai 1,673 mahasiswa dan pelajar sekolah menengah menyertai pelbagai aktiviti di bawah program berkenaan setakat ini,” katanya pada Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Selamat Takim (BN-Sungai Balang) mengenai bilangan mahasiswa Johor yang menghidap HIV susulan pergaulan bebas dan silang hubungan serta langkah membendungnya.

Tian Soon berkata, pihaknya turut melaksanakan inisiatif seperti ceramah kesihatan, forum komuniti dan kempen kesedaran awam, selain pendekatan digital di media sosial.

Kerajaan turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan ujian saringan HIV secara percuma dan rahsia di semua Klinik Kesihatan negeri, bagi menggalakkan pengesanan awal dan intervensi tingkah laku,” katanya.

BHonline-

Tags: HIVJohormahasiswa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd