• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

oleh Mohd Arshad
24/05/2025
dalam Terkini
0
ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Langkah memanfaatkan bakat daripada 334 juta wanita di seluruh ASEAN menerusi pendidikan, akses kepada peluang dan dasar yang menyokong boleh menjana potensi ekonomi luar biasa bernilai AS$2.3 trilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ketika mengakui wanita sering berhadapan dengan keadaan yang tidak memihak kepada mereka, beliau berkata ASEAN boleh mengubah keadaan itu dengan memperkukuh persekitaran yang membolehkan wanita meneruskan kelangsungan, berkembang maju, memasuki atau menyertai semula tenaga kerja, memulakan atau mengekalkan perniagaan, serta tidak perlu memilih antara dunia keibuan dan kerjaya.

“Ini adalah pelan hala tuju untuk kemakmuran masa depan Malaysia dan ASEAN,” katanya ketika berucap menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025, yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini.

Beliau berkata tugas kalangan pemimpin ASEAN dalam sektor awam dan swasta ialah memastikan wanita di ASEAN dihormati, bukannya menjadi mangsa.

Rangka kerja Ekonomi MADANI Malaysia – menekankan kemampanan, kemakmuran dan keterangkuman – meletakkan pemerkasaan wanita sebagai nadi pembangunan negara, katanya.

Tengku Zafrul berkata contohnya, di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sendiri, pihaknya telah melaksanakan pelbagai langkah utama termasuk melancarkan Program Pembangunan Pengeksport Wanita, membantu 500 perniagaan diterajui wanita mengakses pasaran antarabangsa.

“Kami juga memperkenalkan peruntukan responsif terhadap gender dalam semua perjanjian perdagangan baharu, dan mewujudkan dana berjumlah RM200 juta khusus untuk usahawan wanita dalam sektor pertumbuhan tinggi,” katanya.

Beliau berkata langkah lain ialah pengenalan Inisiatif Wanita dalam Industri dan Perdagangan (WITI), sebuah kerjasama dengan Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA) bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan wanita dalam sektor perindustrian dan eksport.

“Saya juga perlu menekankan bahawa dalam MITI, wanita membentuk kira-kira 69 peratus daripada pengurusan utama. Saya tidak dapat melakukan apa-apa tanpa mereka.

“Contohnya, ketua perunding bagi rundingan tarif Amerika Syarikat (AS) dan seorang daripada Timbalan Ketua Setiausaha MITI ialah wanita. Kami juga mempunyai ramai lagi yang berpengalaman luas,” katanya.

Rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terkini Malaysia kini merangkumi bab khusus mengenai penyertaan ekonomi oleh wanita memandangkan perdagangan inklusif ialah perdagangan yang mampan.

Malaysia juga berazam untuk melonjakkan penyertaan tenaga kerja wanita kepada 63 peratus menjelang 2030, memastikan 30 peratus jawatan lembaga korporat dipegang oleh wanita, dan menggandakan bilangan perniagaan diterajui wanita yang mengakses pasaran eksport.

Bernama-

Tags: ASEAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd