• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

oleh Mynewshub
30/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila kemanusiaan yang dirancang baru-baru ini.

Keputusan itu didakwa terpaksa dibuat selepas beliau mengalami demam panas ketika berada di Sicily, sekali gus tidak sempat menyertai pelancaran misi berkenaan.

Perkongsian Ahmad Faezal di media
sosial yang menjelaskan keadaan kesihatannya bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi, termasuk kritikan dan sindiran daripada pengguna internet.

Antara komen yang tular termasuk daripada pengguna dikenali sebagai Syir Syakta yang mempersoalkan tindakan beliau pulang hanya kerana demam, selain Md Faiz Md Nor yang menyindir keupayaan untuk menyertai konflik jika demam pun menjadi halangan.

Pengguna lain seperti Ash Shahrir dan Fau Lee turut meninggalkan komen berbaur sinis, mempertikaikan kesungguhan pempengaruh tersebut yang sebelum ini lantang bercakap mengenai misi berkenaan.

Dalam masa sama, terdapat juga komen lebih keras yang mempersoalkan kredibiliti Ahmad Faezal, termasuk dakwaan bahawa beliau sekadar “sembang”.

Dalam penjelasannya, Ahmad Faezal berkata beliau mula demam panas pada malam 25 haribulan dan tidak sempat pulih untuk menyertai pelancaran keesokan hari.

Menurutnya, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan beliau terpaksa membuat keputusan sukar untuk tidak meneruskan perjalanan, selain tidak mahu mengambil tempat peserta lain yang telah lama menunggu.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa kapal dalam misi tersebut telah dipintas, malah terdapat rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan.
Ahmad Faezal mengakui berasa terkilan kerana tidak dapat bersama rakan-rakan dalam misi itu, namun reda dengan keputusan yang dibuat atas faktor kesihatan.

“Seperti yang diumum, Sumud dah diserang. So far 22 buah kapal dah sah dipintas, seperti Safsaf, Arkham 3, Goleta dan sebagainya. Our people. My comrades.My partners.

“Dah pun ada rakyat Malaysia ditahan.I could have been there. Nak sangat ada kat situ,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ahmad Faezal

“Saya ada tanya kalau boleh sertai dari pelabuhan seterusnya tapi bila tengok balik waktu itu, saya tak nak ambil tempat atau ‘priority’ orang-orang lain yang dah tunggu ikut saluran. Bila tengok balik waktu sekarang, betapa beza dah keadaan.

“Bukan mudah nak buat keputusan tapi saya akhirnya akur yang rezeki berlayar saya sampai Sicily sahaja,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa kapal dalam misi tersebut telah dipintas, malah terdapat rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan.

Ahmad Faezal mengakui berasa terkilan kerana tidak dapat bersama rakan-rakan dalam misi itu, namun reda dengan keputusan yang dibuat atas faktor kesihatan.

“Seperti yang diumum, Sumud dah diserang. So far 22 buah kapal dah sah dipintas, seperti Safsaf, Arkham 3, Goleta dan sebagainya. Our people. My comrades.My partners.

“Dah pun ada rakyat Malaysia ditahan.I could have been there. Nak sangat ada kat situ,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ahmad Faezal

Tags: Ahmad FaezaldemanflotilakritikanNetizenpempengaruhtarik diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Family Dinner Terima Pujian Netizen, Kukuhkan Hubungan Warga Pasukan

28/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Penganjuran majlis JDT Family Dinner yang dihadiri Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku...

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In