• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prosiding Di Mahkamah Rayuan Syed Saddiq Bermula Esok

oleh Mohd Arshad
16/04/2025
dalam Terkini
0
Prosiding Di Mahkamah Rayuan Syed Saddiq Bermula Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Prosiding di Mahkamah Rayuan akan bersambung semula esok dalam rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengetepikan sabitan empat pertuduhan berkaitan dana ARMADA yang dihadapinya.

Syed Saddiq dalam perkongsian hantaran di laman sosialnya, berkata beliau tetap memilih untuk membersihkan namanya di mahkamah.

“Esok perjalanan diteruskan. Selepas sebulan tertangguh, prosiding di Mahkamah Rayuan akan bersambung semula.

“Saya tetap memilih untuk membersihkan nama di mahkamah. Bukan dengan jalan pintas, bukan dengan tawaran mudah.

“Prinsip bukan untuk dijual beli. Kebenaran bukan untuk ditangguh-tangguhkan. Segalanya kini terserah kepada Allah dan keputusan mahkamah. Insya-Allah kebenaran akan tetap menang,” katanya dalam hantaran di laman sosial Facebooknya, hari ini.

20 Mac lalu, Mahkamah Rayuan menangguhkan kepada 17 April berikutan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang sedang berhujah bagi pihak responden, tidak dapat meneruskan hujahan selepas beliau tiba-tiba ‘hilang suara’.

Wan Shaharuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau mengalami sakit tekak dan banyak lagi fakta yang perlu dihujahkan di mana beliau memerlukan kira-kira 45 minit untuk menyudahkan hujahan.

Syed Saddiq berkata, lima tahun menunggu dan bersabar, jadi sudah tiba masanya untuk kebenaran dibela.

“Esok adalah hari penentu. Berani kerana benar.

“Saya tidak meminta lebih, doakan saya kerana tiada senjata lebih yang kuat daripada doa kepada Allah,” katanya.

BHonline-

Tags: dana ARMADAMahkamah RayuanSyes Saddiq
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

07/05/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding...

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd