• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

oleh Mohd Arshad
08/04/2025
dalam Antarabangsa
0
Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah pascamusim bulan depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Manchester United dijadualkan menentang pasukan ASEAN All-Stars pada 28 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Selepas itu, skuad The Red Devils akan berlepas ke Hong Kong untuk menentang pasukan kebangsaan negara berkenaan di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.

Menurut kenyataan itu, dua perlawanan yang dibawakan oleh Snapdragon dan dianjurkan ProEvents adalah jelajah pascamusim pertama dalam era moden kelab berkenaan, serta menandakan kepulangan mereka ke Asia selepas kemenangan 4-0 ke atas Liverpool di Bangkok pada Julai 2022.

“Kali terakhir kelab ini berkunjung ke Kuala Lumpur adalah pada tahun 2009, dan ke Hong Kong pada tahun 2013, namun hubungan antara Manchester United dan jutaan peminat setia di seluruh Asia kekal utuh seperti dahulu.

“Ketika pasukan utama lelaki sah akan menyertai Siri Musim Panas Liga Perdana Inggeris di Amerika Syarikat (AS) menjelang musim 2025/26, perlawanan pada bulan Mei ini memberikan peluang unik kepada para pemain dan kakitangan untuk berinteraksi secara langsung dengan peminat di Asia.

“Selain itu, kelab juga berpeluang mengeratkan kerjasama dengan rakan niaga komersial yang penting di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada berkata mereka berbesar hati dapat menyediakan jadual yang memberi peluang kepada peminat di Asia, negara Scandinavia dan AS untuk berhubung dengan kelab, sekali gus menyaksikan pasukan utama lelaki beraksi secara langsung di lokasi tempatan.

“Paling penting, jelajah ini menjana pendapatan tambahan yang signifikan, membantu mengukuhkan kelab dan membolehkan kami terus melabur demi kejayaan di atas padang.

“Ia juga mewujudkan peluang unik untuk kami bekerjasama dengan rakan niaga komersial yang dihargai serta mengeratkan hubungan dengan peminat di rantau seperti Asia dan AS,” katanya.

Selepas jelajah Asia, Manchester United akan menentang Leeds United di Stockholm pada 19 Julai sebelum berlepas ke AS untuk Siri Musim Panas Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United (26 Julai), diikuti Bournemouth (30 Julai) dan Everton (3 Ogos).

BHonline-

Tags: jelajah pascamusimMalaysiaManchester United
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

Next Post

Kawasan Tepi Laut Gempar Dengan Penemuan Wanita Terdampar Celah Batu

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan duti anti-lambakan ke atas pengimportan produk gulungan rata besi atau keluli bukan aloi dari China, India,...

Next Post
Kawasan Tepi Laut Gempar Dengan Penemuan Wanita Terdampar Celah Batu

Kawasan Tepi Laut Gempar Dengan Penemuan Wanita Terdampar Celah Batu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd