• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

oleh AK-47
17/04/2025
dalam Terkini
1
Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan mengeksport kelapa segar ke pasaran China menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara semalam, sempena lawatan negara selama tiga hari Presiden China Xi Jinping ke negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dalam kenyataan hari ini berkata kelulusan itu adalah hasil usaha gigih dan rundingan berterusan antara Malaysia dan China demi memperkukuh hubungan perdagangan yang sekian lama terjalin.

“Semalam menjadi detik bersejarah bagi sektor pertanian negara apabila berlangsungnya sesi pertukaran MoU antara Malaysia dan China, menerusi Protokol Keperluan Fitosanitari antara Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi Eksport Buah Kelapa Segar dari Malaysia ke China,” katanya.

Mohamad berkata pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Kelapa Segar dari Malaysia ke China antara KPKM dan GACC adalah penting bagi memastikan kebolehpasaran dan daya saing kelapa segar tempatan di pasaran China.

“Ia juga dapat mengukuhkan industri kelapa tempatan dengan menggalakkan amalan pertanian yang baik dan sistematik dalam kalangan pengusaha kelapa tempatan serta membuktikan komitmen kerajaan bagi memperkukuh keterjaminan makanan dan meningkatkan hasil eksport pertanian negara,” katanya.

Justeru Mohamad berkata kerajaan akan terus memastikan hasil pertanian tempatan mendapat tempat di pasaran antarabangsa, sekali gus memastikan rakyat dapat menjana pendapatan yang tinggi serta mengukuhkan ekonomi negara.

Semalam, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Xi menyaksikan pertukaran 31 MoU dan dokumen yang meliputi pelbagai sektor kerjasama antara kedua-dua negara.

Antara yang menjadi tumpuan ialah MoU antara kerajaan Malaysia dan Agensi Berita Xinhua dari China dalam bidang berita dan maklumat.

Lawatan Presiden Xi ke Malaysia selama tiga hari bermula Selasa adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ini adalah lawatan rasmi kedua beliau ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan pertamanya pada 2013 yang menyaksikan hubungan diplomatik kedua-dua negara dipertingkatkan pada tahap Perkongsian Strategik Komprehensif. 

–BERNAMA

Tags: EKSPORTMalaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan satu cadangan pembangunan National Combat Unmanned Aircraft System (UAS)...

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerangan Malaysia menafikan dakwaan diesel dari Malaysia dieksport ke Filipina. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, urusan jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd