• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalur Gemilang Berkibar Di The Hague

oleh Mohd Arshad
25/04/2025
dalam Antarabangsa
2
Jalur Gemilang Berkibar Di The Hague
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan menyampaikan kenyataan lisan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Isnin depan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau memaklumkan bendera Malaysia turut dikibarkan The Hague, Belanda sempena penglibatan negara di ICJ dalam sesi pendengaran awam mengenai pendudukan Israel di Palestin.

“Bangga lihat bendera Malaysia berkibar di The Hague.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan atas amanah untuk (saya) mewakili Malaysia dan pembentangan isu antarabangsa di ICJ.

“Sama-sama doakan saudara kita di Palestin,” katanya pada Jumaat.

Terdahulu Wisma Putra memaklumkan Malaysia mengambil bahagian dalam Sesi Pendengaran Awam prosiding Pendapat Nasihat ICJ bermula 28 April.

Prosiding itu adalah mengenai Kewajipan Israel berhubung dengan kehadiran dan aktiviti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan antarabangsa lain, dan negara ketiga di dalam dan yang berkaitan dengan Wilayah Palestin yang diduduki

Pendapat Nasihat ini adalah berikutan Resolusi Perhimpunan Agung PBB 79/232 yang telah diluluskan pada 19 Disember 2024.

Malaysia telah menaja bersama dan mengundi menyokong resolusi tersebut, selaku Ahli Kumpulan Teras Negara-Negara Sepemikiran, yang mengusahakan resolusi itu bagi mensabitkan kebertanggungjawaban Israel terhadap keganasan di Palestin.

SinarHarian-

Tags: jalur gemilang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Afrika Gigit Telinga Koperal Hingga Putus

Next Post

BN Dijangka Kekal Di Ayer Kuning, Sasaran 18,000 Undi Jadi Tanda Tanya – Ilham Centre

Related Posts

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Formasi Kereta Berbentuk Jalur Gemilang Masuk Malaysia Book Of Records

Formasi Kereta Berbentuk Jalur Gemilang Masuk Malaysia Book Of Records

31/08/2023
0

JOHOR BAHRU: Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya menganjurkan formasi...

Next Post
BN Dijangka Kekal Di Ayer Kuning, Sasaran 18,000 Undi Jadi Tanda Tanya – Ilham Centre

BN Dijangka Kekal Di Ayer Kuning, Sasaran 18,000 Undi Jadi Tanda Tanya - Ilham Centre

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd