• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terus Hukum Jika Tersilap Pasang Jalur Gemilang – DAP Melaka

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Terus Hukum Jika Tersilap Pasang Jalur Gemilang – DAP Melaka
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Orang ramai perlu dididik cara untuk memasang Jalur Gemilang dengan betul, bukan terus menghukum atau dijadikan sebagai modal politik jika berlaku kesilapan.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, hari ini ada peniaga yang tampil meminta bantuan beliau untuk memasang Jalur Gemilang dengan betul.

“Bagi saya inilah pendekatan yang harus kita galakkan ajak rakyat mengibarkan Jalur Gemilang melalui pendekatan mendidik, mengingatkan dan saling membantu, bukannya menimbulkan ketakutan.

“Semangat patriotisme tidak sepatutnya lahir daripada rasa takut, tetapi daripada rasa bangga dan rasa memiliki terhadap negara,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Poay Tiong berkata, insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik tahun lalu meninggalkan kesan dan membuatkan semua pihak berasa bimbang.

Bagaimanapun, katanya, jka kesilapan dilakukan tanpa niat, pendekatan mendidik, menasihati dan memberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan perlu diambil.

“Saya berharap kontroversi Jalur Gemilang terbalik tahun lalu tidak akan berulang. Kita boleh bekerjasama dengan pemimpin yang sederhana, rasional dan menghormati masyarakat majmuk.

“Tetapi kita tidak seharusnya memberi ruang kepada politik ekstrem yang menggunakan isu kaum untuk memecah-belahkan rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khoo Poay Tiong

 

Tags: bantuDidikjalur gemilangJangan Terus Menghukumkhoo poay tiongPengerusi DAP Melakaterbalik
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai murid didakwa sudah tidak lagi memakai lencana besi Jalur Gemilang yang diberikan sebelum ini kerana rosak,...

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

21/08/2026
0

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd