• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

oleh Mohd Arshad
28/04/2025
dalam Antarabangsa
0
Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

AMSTERDAM: Israel bakal berdepan tuduhan melanggar undang-undang antarabangsa kerana enggan membenarkan bantuan memasuki Semenanjung Gaza.

Ia berikutan apabila puluhan negara membentangkan hujah masing-masing di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam sesi pendengaran selama seminggu bermula hari ini di The Hague.

Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diberi mandat untuk membentuk satu pendapat penasihat mengenai kewajipan Israel bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada rakyat Palestin, yang dihantar oleh beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa termasuk PBB.

Resolusi yang diluluskan pada Disember lalu oleh 137 daripada 193 negara anggota Perhimpunan Agung PBB (UNGA) menggesa Israel mematuhi kewajipannya terhadap penduduk Palestin.

Negara berkenaan juga menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai situasi kemanusiaan yang semakin memburuk.

Israel, AS dan 10 negara lain mengundi menentang resolusi itu manakala 22 negara berkecuali.

Beberapa wakil dari wilayah Palestin akan menjadi antara pihak pertama yang berucap di The Hague hari ini.

Israel tidak termasuk dalam kira-kira 40 negara yang akan berucap di sepanjang lima hari sesi pendengaran yang dijadual sehingga Jumaat ini. AS pula akan menyatakan pendapatnya pada lusa.

Sejak 2 Mac lalu, Israel memutuskan sepenuhnya semua bekalan kepada 2.3 juta penduduk Gaza mengakibatkan stok makanan yang disimpan semasa gencatan senjata pada awal tahun ini hampir kehabisan.

Menurut rejim Zionis, pihaknya tidak membenarkan kemasukan barang dan bekalan ke Gaza sehingga Hamas membebaskan semua baki tebusan.

Pada minggu lalu, Jerman, Perancis dan United Kingdom (UK) menggesa Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dengan membenarkan laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa sebarang halangan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya membenarkan bekalan makanan dan ubat-ubatan memasuki wilayah Palestin yang dikepung itu.

Rejim Zionis kerap kali menuduh Hamas menyeleweng bantuan kemanusiaan yang dibawa masuk ke Gaza. Hamas menafikan tuduhan berkenaan dan menyalahkan Israel punca berlaku kekurangan bekalan.

BHonline-

Tags: IsraelThe Haguetuduhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semua Prosiding Bersabit Titah Adendum Di Mahkamah Tinggi Tangguh Hingga Rayuan AG Selesai

Next Post

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

Related Posts

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

27/06/2025
0

GAZA CITY: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, semalam muncul pemimpin Eropah paling utama yang menggambarkan situasi di Gaza sebagai 'genosid',...

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

25/06/2025
0

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam mengumumkan penamatan 'perang 12 hari' yang dicetuskan oleh Israel. Dalam perutusan kepada seluruh negara...

Next Post
SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd