• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Panjat Big Ben Bawa Bendera Palestin Ditahan

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Lelaki Panjat Big Ben Bawa Bendera Palestin Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang lelaki ditahan selepas dia memanjat menara jam ikonik, Big Ben di tengah London pada Sabtu.

Individu yang berkaki ayam itu ‘bertenggek’ di atas belebas struktur itu pada ketinggian beberapa meter selama lebih 16 jam sambil memegang bendera kebangsaan Palestin.

Kru kecemasan yang dikerah ke lokasi kejadian cuba berunding dengan lelaki itu, namun dia enggan turun dari Menara Elizabeth berkenaan selepas diarahkan berbuat demikian.

Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan lelaki itu menyatakan, ‘saya hanya akan turun dengan kerelaan saya sendiri’.

Perunding yang bercakap dengannya menggunakan megafon juga bimbang dengan kecederaan pada kakinya selain suhu agak sejuk yang berisiko membahayakan individu tersebut.

Menjelang tengah malam, individu itu akhirnya akur untuk dibawa turun oleh pemetik ceri dan diserahkan kepada kru kecemasan.

Difahamkan, orang ramai turut berkumpul di belakang lokasi kepungan pihak berkuasa sambil melaungkan slogan ‘bebaskan Palestin’ dan ‘anda adalah hero’.

‘Drama berlarutan’ dicetuskan lelaki itu memaksa Polis Metropolitan London menutup kawasan sekitar termasuk Jambatan Westminster manakala Dewan Parlimen membatalkan lawatan yang dijadualkan. 

–Agensi

Share224Tweet140SendShare

Related Posts

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan (PH) bekerja keras meraih...

Azrul Abu Hasan Berharap Eric See-To Kembali Menulis, Hilang Rujukan Terhebat Sesuatu Isu

Azrul Abu Hasan Berharap Eric See-To Kembali Menulis, Hilang Rujukan Terhebat Sesuatu Isu

26/10/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengajak penganalisis politik, Eric See-To atau lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd