• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azrul Abu Hasan Berharap Eric See-To Kembali Menulis, Hilang Rujukan Terhebat Sesuatu Isu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Azrul Abu Hasan Berharap Eric See-To Kembali Menulis, Hilang Rujukan Terhebat Sesuatu Isu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengajak penganalisis politik, Eric See-To atau lebih dikenali sebagai Lim Sian See supaya kembali aktif menulis dan berkongsi analisis politik di media sosial.

Menerusi hantaran media sosial yang ditujukan khusus kepada Eric Lim, Azrul menyifatkan individu berkenaan antara rujukan penting dalam membahaskan isu politik berasaskan fakta, data dan infografik, khususnya membabitkan Pakatan Harapan (PH)

Menurutnya, kegigihan Eric Lim menghasilkan penulisan lengkap dengan kajian, keratan akhbar serta statistik menjadikan beliau seorang penganalisis yang sukar dicari ganti.

“Jika beliau lakukannya secara sukarela macam saya, sesungguhnya beliau adalah seorang wira terhebat yang tidak didendang. Ramai terasa kehilangan apabila beliau tidak lagi menulis. Hilang sudah satu rujukan terhebat kita dalam sesuatu isu yang ada,” katanya.

Azrul mengakui tidak mengenali Eric Lim secara rapat, namun pernah beberapa kali terserempak dengannya di mahkamah ketika menghadiri prosiding membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, beliau sebelum ini berkecil hati dengan kenyataan Eric Lim yang pernah menyatakan hasrat menyertai Perikatan Nasional (PN) sekiranya mahu bergiat dalam politik.

Katanya, mereka akhirnya bersalaman ketika bertemu pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini.

Mengulas penampilan Eric Lim dalam perdebatan bersama bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Azrul berpandangan penganalisis itu kelihatan gugup, namun tetap mampu mempertahankan hujah berasaskan fakta.

Beliau turut percaya Eric Lim berpotensi menyerlah dalam podcast dan perdebatan sekiranya diberikan lebih banyak latihan.

“Apa-apapun yang menyebabkan Datuk Eric terdiam, saya mengajak beliau untuk kembali berperang.

“Kita ada tanggungjawab mendidik anak muda yang masih ada juga di antara mereka yang biadab dan bercita-cita memimpin negara melalui politik kebencian dan huru-hara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Azrul Abu Hasan

Tags: Azrul Abu HasanBerharapEric See-ToHilang RujukanKembali MenulisSesuatu IsuTerhebat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Kini Ada Alasan Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan – Azrul Abu Hasan

BN Kini Ada Alasan Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan – Azrul Abu Hasan

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) kini mempunyai sebab untuk mempertimbangkan penarikan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan membabitkan kemelut...

“Tarik Balik Sokongan Sebelum Terlambat”

“Tarik Balik Sokongan Sebelum Terlambat”

04/09/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menggesa pucuk pimpinan UMNO menarik balik sokongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd