• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ismail Sabri Diarah Kembali Ke SPRM Esok’ – Azam Baki

oleh Mohd Arshad
13/03/2025
dalam Terkini
0
‘Ismail Sabri Diarah Kembali Ke SPRM Esok’ – Azam Baki
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarah kembali menyambung keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi esok.

Arahan itu dikeluarkan kepada Perdana Menteri ke-9 itu, selepas lima jam memberi keterangan kepada SPRM hari ini.

“Ya, esok jam 9 pagi,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berhubung arahan itu ketika dihubungi New Straits Times (NST) petang ini.

Azam turut menolak khabar angin bahawa Perdana Menteri ke-9 itu ditangkap apabila tampil memberi keterangan hari ini.

“Masih ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan beliau kepada pasukan penyiasat SPRM yang sedang meneliti hasil siasatan mereka.

“Kami menugaskan ramai petugas untuk menyiasat kes ini kerana terdapat ratusan dokumen yang perlu dianalisis,” katanya.

Azam berkata, SPRM perlu melengkapkan proses pengambilan kenyataan Ahli Parlimen Bera itu sebelum boleh memutuskan apa lagi yang diperlukan dalam siasatan lanjut kes itu.

“Beri ruang kepada pasukan saya untuk menjalankan siasatan kes ini secara menyeluruh, telus dan adil,” katanya.

Terdahulu, pegawai penyiasat SPRM mengambil masa kira-kira lima jam untuk merekodkan kenyataan Ismail Sabri yang tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.46 pagi tadi sebelum sesi bermula jam 10 pagi.

Pada 11 Februari lalu, beliau disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat SPRM berhubung perbelanjaan ratusan juta ringgit yang dibelanjakan untuk perbelanjaan promosi dan publisiti semasa pentadbirannya dari 2021 hingga 2022.

Hasil siasatan yang dijalankan setakat ini, SPRM sudah merampas wang tunai dalam pelbagai bentuk mata wang asing berjumlah kira-kira RM170 juta bersama 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta.

Rampasan itu dibuat hasil serbuan terhadap tiga premis termasuk safe house selepas SPRM menahan empat bekas pegawai kanannya ketika menjadi Perdana Menteri.

SPRM juga membekukan 13 akaun bank yang mengandungi lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap Ismail Sabri.

-Berita Harian

Tags: Ismail SabriSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh Pelajar Kolej: Tertuduh Akui Pukul, Tendang Mangsa Kerana Kecewa

Next Post

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post
Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd