• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

oleh Mohd Arshad
28/05/2025
dalam Terkini
0
‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam siasatan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah antara yang paling banyak pernah dilihat sepanjang kariernya.

Beliau berkata, selain rampasan itu, wang tunai bernilai RM53.3 juta dalam skandal Jabatan Air Negeri Sabah pada 2016 turut menjadi yang terbesar dilihat sepanjang 42 tahun bersama agensi penguat kuasa itu.

Meskipun tidak menyebut secara langsung siasatan kes Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri ke-9 itu, Azam dalam ucapan perasmian Peluncuran Polisi Integriti Universiti Islam Selangor (UIS), berkata wang tunai dirampas itu terlalu banyak sehingga mewujudkan satu bauan yang digelarnya sebagai ‘bau duit’.

“Duit ini seperti tarikan besi yang boleh membuatkan seseorang hilang sahsiah diri dan sebagainya, kerana mereka akan tetap memilih duit jika diberi pilihan.

“Saya masih ingat ketika membuat satu sidang akhbar pada Oktober 2016, saya melihat duit terlalu banyak diletakkan dalam bilik SPRM Sabah.

“Jika di situ ada najis, ia juga tidak akan berbau kerana bau yang datang adalah ‘bau duit yang wangi’.

“Yang kedua (terbanyak) adalah kes baru-baru ini membabitkan (rampasan) RM177 juta yang berada di depan mata saya sendiri,” katanya, di sini, hari ini.

Pada sidang media Mac lalu, SPRM mempamerkan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Wang itu dipamerkan selepas SPRM mendedahkan wang tunai ratusan juta ringgit dan barangan berharga dirampas dalam tiga premis termasuk sebuah ‘safehouse’, berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri.

SPRM berkata, wang tunai dirampas itu membabitkan nilai dalam Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan.

Dalam ucapan di UIS itu, Azam turut membangkitkan mengenai penyiasatan terpilih seperti ditanya wartawan pada sidang akhbar kes Ismail Sabri, Mac lalu.

“Saya jawab, anda lihat duit (yang ada di atas meja) adakah ini siasatan terpilih,” katanya.

Mengulas mengenai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang bermesyuarat baru-baru ini, Azam mengakui beliau turut disoal ahli jawatankuasa yang dilantik mengenai dakwaan rasuah negara yang sistemik.

“Saya disoal mereka dan saya jawab, rasuah yang terjadi hari ini berpunca daripada hasil terdahulu iaitu membabitkan didikan oleh ahli keluarga kita, sikap sendiri dan di mana kita belajar.

“Dulu kita mempunyai pemimpin yang berkeinginan untuk membanteras rasuah dan di situlah wujudnya Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

“Tetapi selepas ekonomi negara mula rancak dan ramai orang menjadi kaya raya selepas mendapat manfaat daripada ‘share market’, ramai orang mula mengejar kebendaan dan ketika itulah integriti menjadi pilihan kedua dan kita juga mengajar anak mengejar kejayaan, kejar duit berbanding mahu meminta mereka menjadi manusia berguna,” katanya.

BHonline-

Tags: Ismail SabriSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Next Post

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Related Posts

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Next Post
Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd