• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

oleh Mohd Arshad
29/05/2025
dalam Terkini
0
Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal ‘teguh’ dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr. Daim Zainuddin, pasukan peguam yang mewakili keluarga Daim telah membangkitkan beberapa persoalan serius mengenai tindakan SPRM tersebut.

Dalam satu pertemuan bersama Mynewshub di pejabat mereka baru-baru ini, Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh (gambar) menyatakan bahawa asas ‘pelucutan’ yang didakwa oleh SPRM adalah ‘kabur, tidak berasas dan remeh’.

“Ini adalah kali pertama kami menemui kes di mana SPRM mahu melucut hak aset milik individu yang telah meninggal dunia, dalam kes ini seorang negarawan senior, walhal beliau tidak mempunyai sebarang pertuduhan tergantung mahupun pernah disabitkan dengan sebarang jenayah,” kata Sachpreetraj.

Mereka turut mempersoalkan ‘sumber’ maklumat terkini SPRM berkenaan ‘petunjuk baharu’ mengenai aset yang kononnya berkait dengan kekayaan dari sumber haram.

Ramai dalam kalangan pengamal undang-undang jugak berpendapat bahawa SPRM kini memasuki ‘kawasan yang belum pernah diterokai’, khususnya dalam kes yang tiada dahuluan (precedent) undang-undang yang jelas.

“Apa sebenarnya yang cuba dibuktikan oleh SPRM di sini?” soal seorang peguam yang hanya mahu dikenali sebagai Kevin.

“Ada perbezaan besar antara terlupa mengisytiharkan sesuatu aset—terutama jika ia berdekad lamanya—dengan sengaja menyembunyikan aset yang diperoleh secara haram,” katanya.

“Dan dalam kes ini, (Tun) Daim sudah tiada untuk mempertahankan dirinya. Jadi saya hairan apa motif sebenar SPRM,” tambah Kevin.

Seorang lagi peguam berpengalaman yang enggan dinamakan berkata: “Syak wasangka bukanlah bukti. Beban untuk membuktikan di luar keraguan munasabah terletak pada pihak yang menuduh. Jadi SPRM perlu bersedia dengan bukti kukuh, jika tidak, jangan jadikan ini satu pemburuan ahli politik.”

Seorang peguam bersara yang ditemui Mynewshub berkata, wujud usaha untuk mencemarkan nama baik Allahyarham Tun dan menggambarkan seolah-olah kekayaan beliau diperoleh secara tidak sah.

“Perlu diingat bahawa Tun merupakan ahli perniagaan yang berjaya sebelum menyertai politik. Beliau juga merupakan seorang usahawan Melayu yang banyak berjasa kepada rakyat. Tidak wajar nama baik beliau dicalarkan hanya demi kepentingan politik. Kita harus beri penghargaan yang sepatutnya,” katanya.

Minggu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengkritik tindakan SPRM dengan menyifatkannya sebagai ‘rompakan’ dan menyatakan bahawa “kita tidak boleh sewenang-wenangnya merampas harta orang.”

Mahathir turut menuduh kerajaan ‘mencuri’ wang tersebut memandangkan Daim kini sudah tiada untuk membela diri. 

-MYNEWSHUB

Tags: SPRMTun Daim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd