• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

oleh Mohd Arshad
13/03/2025
dalam Terkini
0
Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.

Menurut kenyataan itu cawangan operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) mengesahkan reptilia itu ditemukan mati selepas berkemungkinan bersentuhan dengan peralatan bekalan elektrik di persimpangan jalan Batu Kawa-Malihah.

“Kejadian itu berlaku pada 8.31 malam ketika hujan lebat di Kuching.

“Selepas menerima laporan, pasukan teknikal SESCO bertindak segera, berusaha memulihkan bekalan dengan selamat dan cekap walaupun dalam keadaan cuaca buruk,” menurut kenyataan itu.

Bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat, dengan pemulihan sepenuhnya pada 10.45 malam pada hari yang sama.

Kenyataan itu memaklumkan rangkaian penghantaran dan pengagihan elektrik di Sarawak merentasi pelbagai bentuk muka bumi termasuk hutan, ladang dan kawasan pertanian, yang memberikan cabaran dalam memastikan bekalan elektrik yang stabil.

“Keadaan ini meningkatkan risiko gangguan yang berpunca daripada hidupan liar, yang terus ditangani oleh SESCO melalui langkah-langkah perlindungan infrastruktur yang dipertingkatkan serta penambahbaikan sistem yang berterusan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melaporkan gangguan bekalan elektrik atau melihat hidupan liar berhampiran kemudahan Sarawak Energy melalui Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-88-3111, e-mel ke [email protected], aplikasi mudah alih SEB cares dan portal web, atau berinteraksi dengan ejen maya mereka, Carina.

-Harian Metro

Tags: Batu KawaGangguan Elektrikular
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Pesawah Maut, Tubuh Termasuk Ke Dalam Jentera Pembajak

Ular Punca Kereta Api Laju Jepun Lewat 17 Minit

17/04/2024
0

TOKYO: Kereta api laju Jepun, Shinkansen menghadapi masalah kelewatan 17 minit berikutan kehadiran seekor ular berukuran 40.64 sentimeter di dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd