• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

oleh Mohd Arshad
08/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi negeri itu yang dapat menggabungkan pelbagai data tempatan untuk dikongsi secara global.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mencadangkan model kecerdasan buatan (AI) itu sebagai DeepSar, Abang Johari berkata beliau mendapat inspirasi daripada kejayaan seorang jurutera dari China, Liang Wenfeng yang mengasaskan DeepSeek, model AI yang mampu menyaingi model yang dibangunkan di Amerika Syarikat.

“Saya berharap (satu hari nanti) kita akan mempunyai DeepSar yang dibangunkan oleh rakyat Sarawak, dengan kandungan unik mengenai Sarawak dan memudahkan perbualan digital antara rakyat Sarawak dengan dunia,” katanya.

Bercakap pada majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di sini pada Jumaat, beliau berkata kerajaan Sarawak kini menggalakkan pembangunan reka bentuk mikrocip – komponen utama dalam pemindahan data.

“Data hanya boleh dihantar melalui cip, cip ibarat darah dalam badan kita dan ia memacu anda,” katanya.

Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak, justeru beliau menugaskan syarikat penyedia penyelesaian sistem ICT milik kerajaan, SAINS Sdn Bhd, untuk mengumpulkan data berkaitan.

Sebagai hab dunia bagi hutan hujan dan biodiversiti, Sarawak dapat berkongsi maklumat pada peringkat antarabangsa dan langkah ini dapat mewujudkan peluang ekonomi baharu untuk negeri berkenaan.

“Kita boleh berkongsi pandangan dengan dunia mengenai ekonomi sumber biodiversiti. Apabila maklumat ini dimuat turun, ia bukan percuma. Lapan bilion orang boleh mengakses maklumat itu dan kita juga perlu mendapatkan paten dan hak terhadap sumber biodiversiti kita,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari yang juga Pengerusi SMA menzahirkan penghargaan kepada Pengurus Besar SMA Datuk Anderson Tiong Ing Heng dan pasukannya kerana bekerjasama dengan agensi lain untuk mempertingkatkan infrastruktur telekomunikasi dan rangkaian Sarawak.

Beliau berkata infrastruktur ini penting untuk negeri maju dengan agenda ekonomi dan sosial. 

–BERNAMA

Tags: sarawak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd