Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Dikritik ‘Senda’ Pakai Baju...

TINDAKAN pelakon jelita, Fathia yang memuat naik gambarnya mengenakan baju uniform Tentera Darat...

Tok Pa Nafi UMNO...

SANGKAL... UMNO Kelantan menafikan dakwaan bahawa kepemimpinan parti konon akan menyerahkan Kelantan kepada...

Denda RM1,800 Ugut Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang pembuat plaster siling didenda RM1,800 atau sebulan penjara oleh...

Padam Lampu Bukti Komitmen...

KUALA LUMPUR - Memadamkan semua lampu yang tidak perlu sempena kempen Earth Hour,...

Kakitangan Awam Indonesia Kerja 4 Hari Seminggu

JAKARTA – Kementerian Badan Usaha Milik Negara Republik Indonesia (BUMN) telah mula menerapkan sistem kerja empat hari dalam seminggu di bawah inisiatif Compressed Work Schedule (CWS).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dikenali sebagai Jadual Kerja Mampat, program itu menawarkan kepada pegawai kementerian yang perlu memenuhi syarat kerja 40 jam seminggu, pilihan untuk bekerja selama empat hari dalam seminggu.

“Jadi jika seseorang itu bekerja 40 jam seminggu, mereka boleh pilih untuk bekerja selama empat hari dalam seminggu. Ia ditawarkan kepada mereka yang inginkannya, tetapi mereka perlu mendapatkan kelulusan,” kata Timbalan Menteri Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi dan Maklumat, Tedi Bharata kepada kepada wartawan pada Jumaat.

Jika syarat jam kerja mingguan sebanyak 40 jam belum dipenuhi, para pegawai perlu bekerja lima hari seminggu seperti biasa.


Pada masa ini, inisiatif itu hanya tertakluk kepada para pegawai di Kementerian BUMN dan belum lagi ditawarkan kepada firma-firma lain yang diselia oleh kementerian itu.

Pada Mac tahun lalu, Menteri BUMN Thohir berkata, matlamat utama inisiatif sistem kerja empat hari seminggu adalah untuk mengurangkan tahap tekanan yang dialami oleh pekerja dan meningkatkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan.

-Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori