Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Ahli UMNO Diingatkan Jangan...

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli-ahli...

Najib Bayar Lebih RM200,000...

KUALA LUMPUR - Seorang pereka hiasan dalaman memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini...

Angin Kencang Melanda Tawau

TAWAU - Angin kencang dilapor berlaku di daerah ini kira-kira 2 pagi tadi.Terdapat...

Sektor Binaan Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pulau Pinang bersetuju menawarkan rebat 35 peratus untuk tarif...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

KUCHING – Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Fadillah berkata, sekiranya terputus hubungan, mangsa yang terjejas banjir boleh terus menghubungi pihak sekretariat supaya mereka dapat mengatur cara untuk menghantar bantuan.

“Kita gesa mereka untuk pindah ke PPS, kalau tidak pun berdaftar supaya kita (sekretariat) tahu di mana keberadaan mereka.

“Kalau tahu lokasi mangsa, mudah untuk kita menyampaikan bantuan sebab itu kita wujudkan tempat pemindahan yang berpusat. Kita tidak dapat pergi ke satu-satu tempat disebabkan anggota yang terhad,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PPS di Dewan Haji Kamaruddin Ahmad Kampung Segedup di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, tidak dinafikan banyak aduan yang diterima dalam menghadapi krisis ini dan pihak sekretariat serta pejabat residen berusaha sedaya upaya untuk membantu.

“Mangsa juga kena faham, dalam keadaan kecemasan ia bukan perkara yang mudah tapi saya yakin usaha yang terbaik sedang dilaksanakan untuk memastikan semua pihak mendapat bantuan terutamanya (dari segi) keselamatan.


“Yang kedua, bantuan dari segi makanan dan tempat penginapan yang kita cuba sediakan kemudahan sebaik mungkin bagi mengurangkan ketidakselesaan dalam menghadapi krisis. Pada ketika ini kedai banyak tutup jadi sukar untuk kita mendapatkan segala peralatan seperti bantal, tilam, selimut dan sebagainya,” katanya.

Fadillah berkata, bencana kali ini agak sukar kerana seperti di Bintulu banjir berlaku serentak ditambah cabaran logistik serta jumlah anggota yang terhad, ia bukanlah perkara mudah.

Situasi banjir yang melanda Sarawak kini adalah yang terburuk dalam sejarah susulan hujan berterusan di beberapa tempat termasuk Bintulu, Serian, Samarahan, Kuching, Miri dan Sibu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, setakat 8 pagi Sabtu, mangsa banjir telah meningkat kepada 12,486 orang daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, berbanding 11,234 orang daripada 3,187 keluarga malam Jumaat.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori