• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir kilat dahsyat di kawasan sempadan Nepal-China.

Anwar berkata, Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas.

Menurutnya, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh turut dihantar bagi memperkukuh usaha bantuan di lapangan.

“Saya telah mengarahkan supaya misi kita diberikan segala sumber yang diperlukan. Kerajaan akan terus memberikan perhatian sepenuhnya sehingga semua rakyat Malaysia yang terjejas dapat dikenal pasti dan keluarga mereka menerima sokongan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, beliau amat dukacita dengan bencana banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-China itu.

Menurut beliau, Malaysia menyampaikan
ucapan takziah kepada kerajaan serta rakyat Nepal dan China, khususnya kepada mereka yang kehilangan insan tersayang atau masih menunggu berita mengenai ahli keluarga yang hilang.

Perdana Menteri turut memuji keberanian serta dedikasi anggota mencari dan menyelamat yang menjalankan tugas dalam keadaan amat mencabar.

“Ingatan dan doa kami bersama semua yang terjejas,” katanya.

Bencana banjir kilat berkenaan menyebabkan kemusnahan besar di kawasan sempadan Nepal dan China, manakala operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: BanjirDatuk Seri Anwar Ibrahimmisi diplomatik MalaysiaPerdana Menterisempadan Nepal-China.
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

PMX Anwar Jawab Soalan Pelajar Sekolah: Ciri-Ciri Generasi Muda, Perdana Menteri Yang Baik Tidak Boleh Lupa Adab

PMX Anwar Jawab Soalan Pelajar Sekolah: Ciri-Ciri Generasi Muda, Perdana Menteri Yang Baik Tidak Boleh Lupa Adab

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa adab merupakan antara ciri penting yang perlu dimiliki seseorang...

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.