• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

oleh AK-47
27/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan pilihan kerana menipu lima pemohon berhubung tuntutan Hilang Upaya Kekal (HUK) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Mohamad Afizal Mohd Akhirudin, 33, membuat pengakuan itu ketika semua pertuduhan dan fakta kes dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut semua pertuduhan pilihan, lelaki yang masih bujang itu didakwa sebagai pemilik syarikat Jentayu Tujuh Venture, menipu lima pemohon dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai dia boleh menguruskan peratusan tafsiran penilaian HUK yang tinggi oleh jemaah doktor dalam tuntutan PERKESO dengan syarat tertentu.

Tindakan tertuduh itu menyebabkan semua pemohon diperdaya yang menyebabkan mereka menyerahkan wang berjumlah RM188,000 dimasukkan dalam akaun Maybank syarikat Jentayu Tujuh Venture milik tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Seberang Jaya dalam daerah Seberang Perai Tengah antara 2017 hingga 2023.

Pendakwaan mengikut pertuduhan pilihan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar, manakala tertuduh diwakili peguam M Puveneswaran.

Ketika prosiding, Puveneswaran merayu denda minimum dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan perlu menyara ibu bapa yang mana bapanya mempunyai masalah jantung.

“Selain itu, ini kesalahan pertama dilakukan anak guam yang insaf, malah menandatangani borang akur janji tidak akan mengulangi kesalahan ini pada masa depan.

“Tindakannya membuat pengakuan bersalah pada peringkat pertama pertuduhan menjimatkan masa dan kos semua pihak,” katanya.

Mahkamah kemudian mengenakan hukuman denda RM188,000 terhadap semua pertuduhan dihadapi dan jika gagal membayarnya, tertuduh berdepan penjara 54 bulan.

Tertuduh yang ditemani keluarga kemudian membayar denda berkenaan sebelum meninggalkan mahkamah.

-Berita Harian

Tags: Perkesotipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd