• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Persoal Mengapa Tiada Pihak Cabar, Pertikai Kewujudan Titah Adendum

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hakim Persoal Mengapa Tiada Pihak Cabar, Pertikai Kewujudan Titah Adendum
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Hakim memberitahu Mahkamah Rayuan hari ini beliau berasa terganggu kerana tidak ada langsung bantahan oleh pihak pendakwaan mengenai kewujudan Titah Adendum yang dikemukakan pasukan Datuk Seri Najib Razak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketika prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril berkata mahkamah hari ini bersedia untuk mendengar rayuan berkenaan Titah Adendum.

“Apa yang saya lihat adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Tiada apa-apa kenyataan (afidavit balasan) daripada pejabat Peguam Negara (AGC) yang mengenepikan atau mana-mana responden yang menafikan kewujudan titah tersebut.

” Ketiadaan tindakan untuk mencabar kewujudan titah itu, saya terganggu. Saya menyatakan (ia wujud) tetapi kerana anda (pendakwaan) tidak menafikan kewujudannya bermakna anda mengatakan ia wujud. Itulah sebabnya. Saya tidak menyatakannya, tetapi saya terganggu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Peguam Kanan Persekutuan mewakili AGC, Shamsul Bolhassan membacakan afidavit AGC yang menegaskan keputusan mesyuarat lembaga pengampunan sebelum ini tidak menyebut apa-apa berkaitan titah adendum mengenai perintah tahanan rumah terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

BHonline-

Tags: HakimMahkamah Rayuantitah adendum
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dilepas dan dibebaskan oleh...

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

04/09/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd