• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Mangsa Ragut Di Bangsar Meninggal Dunia, Fahmi Zahir Takziah

oleh Mohd Arshad
30/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Warga Emas Mangsa Ragut Di Bangsar Meninggal Dunia, Fahmi Zahir Takziah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Isnin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan Lim Foong Mei, warga emas yang menjadi mangsa ragut bermotosikal di Jalan Limau Manis, Bangsar pada bulan Oktober lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Fahmi menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau sempat melawat mendiang Foong Mei, 78, bersama Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas insiden tersebut.

“Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan kenalan Lim Foong Mei – mangsa ragut di Jalan Limau Manis, Bangsar pada bulan Oktober. Semoga keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini,” kata Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi pada 7 Oktober lepas, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Foong Mei sedang berjalan ke kedai di kawasan kejiranan di Jalan Limau Manis sebelum seorang penunggang motosikal meragut beg tangannya.

Kejadian itu menyebabkan beliau terjatuh dan tidak bergerak di atas jalan sebelum didatangi beberapa orang yang lalu-lalang dan membantunya beberapa minit kemudian.

Foong Mei kemudian dibawa ke PPUM untuk rawatan akibat pendarahan di kepala dan diletakkan bawah pemerhatian perubatan.

Bernama-

Tags: bangsarmangsa ragutwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd