• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

oleh Mynewshub
20/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir tiga kali ganda berbanding tahun 2018.

Dapatan itu diperoleh menerusi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 yang memberi gambaran jelas perubahan ketara dalam struktur sosial golongan berkenaan.

Menurut KKM menerusi hantaran media sosial, dalam aspek kesihatan mental pula, sebanyak 9.8 peratus warga emas mengalami demensia, manakala kadar kemurungan menurun kepada 8.0 peratus.

“Dari sudut kesihatan fizikal pula, prevalens penyakit kronik dalam kalangan warga emas adalah tinggi, dengan 39 peratus menghidap diabetes, 73 peratus mengalami tekanan darah tinggi dan 76 peratus mempunyai paras kolesterol tinggi.

“Malah, 68 peratus warga emas didapati mempunyai sekurang-kurangnya dua penyakit kronik, manakala 30 peratus menghidap ketiga-tiganya. Selain itu, 30.6 peratus warga emas didapati tidak aktif secara fizikal dan 45 peratus mengalami sarkopenia,”

“NHMS 2025 menunjukkan bahawa hanya 14.7 peratus warga emas di Malaysia mencapai penuaan sejahtera iaitu berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial,” kata KKM.

KKM berkata, walaupun terdapat penambahbaikan dalam keupayaan warga emas melaksanakan aktiviti kehidupan harian, dapatan itu jelas menunjukkan bahawa cabaran kesihatan dalam kalangan warga emas semakin kompleks dan memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh.

Sehubungan itu, kata kenyataan itu, KKM komited untuk terus memperkukuh dasar dan perkhidmatan kesihatan warga emas selaras dengan Pelan Tindakan Kesihatan Warga Emas 2023–2030, demi memastikan kesejahteraan golongan ini terus terpelihara. – MYNEWHSUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Tags: Gambar hiasan AIHidup SendirianKementerian Kesihatan MalaysiaKKMNHMS 2025warga emas
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd