• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Bertutur Bahasa Melayu Berjalan Lancar, Hari Ini

oleh AK-47
02/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ujian Bertutur Bahasa Melayu Berjalan Lancar, Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu berjalan dengan baik termasuk di negeri yang dilanda banjir, dengan perancangan serta koordinasi baik antara kementerian dan agensi bagi memastikan tiada keciciran dalam peperiksaan itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang dijadualkan sehingga 5 Disember ini diteruskan, termasuk di sembilan negeri yang dilanda banjir dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung.

Di TERENGGANU, banjir yang masih berlarutan di negeri itu tidak merencatkan perjalanan Ujian Bertutur Bahasa Melayu membabitkan 261 pelajar terkesan banjir, dengan kesemua pelajar dibawa daripada pusat pemindahan sementara (PPS) ke pusat peperiksaan alternatif.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata, proses membawa pelajar terbabit bermula seawal 6 pagi tadi dengan bantuan pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Perjalanan berjalan lancar mengikut prosedur Ops Payung yang dilaksanakan JPNT. Seramai 261 pelajar yang berada di PPS selamat tiba di pusat peperiksaan alternatif pagi ini.

“Ada pelajar yang berpakaian sekolah, baju sukan dan pakaian biasa yang sopan. Apa juga pakaian, mereka tetap ceria dan tampak bersemangat untuk menduduki peperiksaan,” katanya yang turut melakukan tinjauan di pusat peperiksaan alternatif, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mizan, Kuala Nerus.

Katanya, seramai 18,907 calon SPM termasuk 1,734 calon yang terkesan banjir akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Di KELANTAN, seramai 144 calon SPM di SMK Kuala Krai hadir menjalani ujian bertutur berkenaan meskipun kawasan mereka terjejas akibat banjir.

Sebelum ini, pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa supaya semua calon SPM ditempatkan di asrama sekolah berkenaan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku semasa banjir melanda.

JBPM Kelantan turut membantu melancarkan perjalanan peperiksaan seperti di Tumpat, dengan membawa 37 guru mengambil kertas soalan peperiksaan di bilik kebal SMK Tumpat menaiki lori bomba, susulan beberapa laluan ke sekolah terbabit dilimpahi air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Di NEGERI SEMBILAN, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Putra Hashim berkata, kesemua calon tidak menghadapi sebarang masalah susulan bencana banjir, dengan 28 calon sebelum ini yang ditempatkan di PPS sudah pulang ke rumah selepas keadaan pulih di kawasan mereka.

“Jadi secara keseluruhannya ia berjalan lancar, tiada yang terjejas,” katanya dan menambah seramai 16,125 calon menduduki UBBM di negeri ini terdiri daripada calon sekolah daripada KPM, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), persendirian dan swasta.

Peperiksaan SPM 2024 yang bermula hari ini hingga 6 Februari 2025 membabitkan 402,956 calon dengan 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

-Harian Metro

Tags: SPMUjian Bertutur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPM Tawar 100 Peratus Kekosongan Jawatan Guru Kepada Calon PISMP

Next Post

Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024

Related Posts

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

04/12/2024
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas...

Next Post
Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024

Oxford Pilih 'Brain Rot' Sebagai Perkataan Tahun 2024

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd