• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kuota Untuk Lantikan Jawatan PH Sabah

oleh Mohd Arshad
25/12/2024
dalam Politik, Terkini
0
Tiada Kuota Untuk Lantikan Jawatan PH Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Tiada sebarang kuota bagi lantikan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah dan pemilihannya dilaksanakan secara demokrasi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, mesyuarat agung tahunan (AGM) diadakan untuk mengadakan persidangan bagi memilih pucuk pimpinan.

“Tidak ada (kuota), apa itu kuota? Saya tidak tahu. Kalau ada kuota kenapa kita ada AGM? AGM itu maksudnya kita perlu ada satu persidangan bagi kita memilih satu pucuk pimpinan.

“Saya fikir ia sama dalam setiap parti, termasuk badan bukan kerajaan (NGO). Jadi ini selaras dengan kita punya undang-undang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Rumah Krismas Terbuka anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini pada Rabu.

Sebelum itu, Jin Zhe diminta mengulas mengenai isu kemungkinan berlaku perubahan dalam kepimpinan PH Sabah yang kini disandang Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebarang isu sepatutnya boleh dibincangkan melalui mesyuarat PH Sabah tetapi beberapa kali telah ditunda.

“Jadi belum lagi sempat ada mesyuarat jadi saya rasa lebih baik kita bawa sebarang isu ke mesyuarat, kita bincang baik-baik tidak perlu bawa ke dalam surat khabar, media. Seolah-olah kita dilihat berpecah-belah.

“Jadi ini tidak baik, kita sepatutnya bersatu padu, perkukuhkan PH. Kita mesti kuat lalu kita bincang bagaimana kita berkhidmat kepada rakyat dan berjuang kepada rakyat Sabah,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan jawatan bagi Pengerusi PH Sabah mungkin sekali lagi menyaksikan perubahan dalam masa terdekat.

SinarHarian-

Tags: kuotalantikan jawatanPHSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd