• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Dalang Sindiket Ubah Wang Haram Lebih RM652.8 Juta

oleh Mohd Arshad
19/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Dalang Sindiket Ubah Wang Haram Lebih RM652.8 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Polis Thailand percaya yakin berjaya membanteras sindiket penipuan utama yang mendalangi kegiatan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht (RM652.8 juta) melalui rangkaian transaksi palsu susulan penahanan seorang rakyat Malaysia yang juga ketua sindiket terbabit.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Selain lelaki itu, turut ditahan isterinya yang juga warga Thailand, smasing-masing suspek utama yang dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram berskala besar itu.

Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Ekonomi (ECD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB), Pol Mejar Jeneral Puttidej Bunkrapue berkata lelaki Malaysia berusia 38 tahun itu yang dikehendaki di bawah waran dikeluarkan Mahkamah Jenayah, ditahan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao di wilayah Songkhla ketika memasuki Thailand pada 16 Disember lalu.

Sementara isterinya yang turut terbabit skim sama ditahan di lokasi berbeza semalam.

“Kedua-dua suspek menghadapi tuduhan bersekongkol dalam pengubahan wang haram,” kata Puttidej melalui kenyataan hari ini.

Puttidej berkata kedua-dua suspek mengaku semasa disoal siasat merekrut individu untuk menubuhkan entiti sah terutamanya untuk membuka akaun bank yang mana akaun ini kemudiannya dijual kepada pelanggan di beberapa negara ASEAN.

Sementara itu, Pol Kolonel Theeraphas Yungyuen yang mengetuai siasatan, berkata operasi itu adalah rangkaian yang sangat terancang melibatkan warga Thailand dan asing.

“Sindiket itu mengubah wang lebih 5 bilion baht melalui lapisan transaksi penipuan yang kompleks,” katanya sambil menambah lebih 50 waran tangkap telah dikeluarkan kepada individu yang dikaitkan dengan kes itu sejak beberapa bulan lalu.

Tambahnya lagi, sSuspek yang ditangkap adalah dalang dalam skim yang canggih dan mereka didakwa mengatur proses pengubahan wang haram dengan memindahkan dana melalui pelbagai akaun bank sebelum menukar wang itu kepada mata wang kripto USDT.

“Penggunaan aset digital ini merumitkan usaha untuk mengesan dana,” tambahnya.

Theeraphas berkata, tangkapan itu berikutan aduan daripada ramai mangsa yang diperdaya untuk melabur melalui aplikasi mudah alih palsu, termasuk “Nicshare” dan “ComonApps” yang mana aplikasi ini secara palsu menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan pasaran saham.

Beliau berkata, CIB melancarkan Operation Ghost Company dan mendedahkan lebih 200 shell company yang wujud secara sah, namun hanyalah di atas kertas di seluruh Thailand, dengan kebanyakan entiti ini tidak beroperasi tetapi digunakan untuk membuka akaun bank keldai yang memudahkan pengubahan wang haram.

BHonline-

Tags: bangkokrakyat Malaysiasindiket ubah wang haram
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd