Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tiada Suspek Disyaki Dikesan...

KUALA LUMPUR : Tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh polis berhubung siasatan kes penemuan...

7-Eleven Rangkul Anugerah Syarikat...

KUALA LUMPUR – 7-Eleven Malaysia menerima anugerah 'Syarikat Terbaik' untuk tahun kedua dalam...

KAFA Perlu Kerja Keras...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu berusaha lebih keras mencari...

Pangkalan Udara Baharu TUDM...

PORT DICKSON - Projek pembinaan pangkalan udara baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

Prabowo Sokong Gus Miftah Letak Jawatan Susulan Kenyataan Kontroversi

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyokong keputusan Miftah Maulana Habiburrahman, yang lebih dikenali sebagai Gus Miftah untuk meletak jawatan sebagai Utusan Khas Presiden bagi Kerukunan Beragama dan Pembinaan Kemudahan Keagamaan, berikutan tularnya sebuah video yang menunjukkan beliau menghina seorang penjual teh ais.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Prabowo menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai satu tindakan bertanggungjawab, sambil menekankan bahawa walaupun Gus Miftah mungkin tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa, beliau telah mengakui kesilapannya.

“Beliau menyedari kesilapannya, lalu mengambil sepenuh tanggungjawab dan memilih untuk mengundurkan diri. Tindakan itu kami hargai.

“Di Indonesia, jarang sekali seseorang secara sukarela meletak jawatan akibat kesilapan mereka,” kata Prabowo di Istana Merdeka pada Jumaat malam, menurut kenyataan dari Sekretariat Presiden.


Prabowo juga mengesahkan bahawa pengganti Gus Miftah akan dilantik dalam waktu terdekat, manakala isu tauliah mengajar agama bagi penceramah akan dibincangkan bersama pihak berkepentingan, termasuk Majelis Ulama Indonesia (MUI).

Gus Miftah, seorang penceramah terkenal meletakkan jawatan selepas video yang menunjukkan beliau menghina seorang penjual teh ais semasa ceramah di Magelang, Jawa Tengah bulan lalu, mendapat kritikan meluas.

Gus Miftah telah memohon maaf ketika mengunjungi rumah penjual di Magelang pada Rabu dan kedua-duanya berdamai. 

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori