• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Haji Meningkat Atau Kekal Diumum Pada Isnin

oleh Mohd Arshad
14/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kos Haji Meningkat Atau Kekal Diumum Pada Isnin
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi jemputannya kepada pihak media memaklumkan, Majlis Pengumuman Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H akan berlangsung di Menara Tabung Haji Tun Razak, Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi.

Ia bakal disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilapor berkata, penetapan sama ada kos bagi mengerjakan haji meningkat atau kekal akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, perkara berkenaan dalam peringkat akhir perbincangan dan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dimuktamadkan sebelum diumumkan.

Agihan surat tawaran kepada mereka yang layak juga akan dibuat selepas pengumuman berkaitan kos mengerjakan haji.

Untuk rekod, bagi tahun 2024, kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM12,356 seorang.

Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM19,152 seorang.

Ia susulan kos haji bagi seorang haji muassasah pada 2024 ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 pada 2023.

SinarHarian-

Tags: kos hajiTH
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd