• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Sah Tuan Rumah Ibu Segala Pingat Sukan SEA 2027

oleh Mohd Arshad
07/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Sah Tuan Rumah Ibu Segala Pingat Sukan SEA 2027
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan Johor akan menganjurkan Sukan SEA 2027 bersama-sama Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagaimanapun berkata Johor hanya akan menganjurkan acara bola sepak seperti dipersetujui sebelum ini.

Beliau menyifatkan Johor memiliki infrastruktur dan padang bola sepak terbaik di negara ini.

“Sekarang KBS dah dapat pengesahan untuk Johor menjadi hos bersama Sukan SEA 2027 bagi acara bola sepak, dan ini satu berita baik.

“Kalau bincang mengenai infrastruktur dan padang bola serta stadium, tiada yang boleh menandingi kehebatan Johor. Ini adalah peluang untuk kita pamerkan infrastruktur bola yang di Johor bagi peserta Sukan SEA,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program KBS Myladies Esports 2024 di sini hari ini.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, memberi perkenan penganjuran bersama acara bola sepak Sukan SEA 2027 di Johor.

Sementara itu, Hannah memaklumkan senarai negeri yang akan menjadi penganjur bersama sudah dimuktamadkan dan tiada penambahan selepas ini.

Beliau berkata, satu mesyuarat jawatankuasa penganjur bakal diadakan pada bulan depan untuk membincangkan berkenaan penganjuran Sukan SEA 2027.

“Dalam mesyuarat itu, kita akan bincangkan jenis sukan yang akan dipertandingkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hannah menyokong penganjuran program KBS Myladies Esports yang bakal menjadi platform untuk mencungkil bakat e-sukan dalam golongan wanita.

Beliau berharap program seperti ini dapat merapatkan jurang antara atlet e-sukan lelaki dan wanita yang masih kelihatan besar ketika ini.

“KBS akan terus menyokong program pembangunan seperti ini bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena e-sukan,” katanya. 

-BERNAMA

Tags: JohorSukan SEA 2027tuan rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd