• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahmi Tidak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan

oleh Mohd Arshad
06/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Fahmi Tidak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Peguam, Fahmi Abd Moin tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berdepan satu pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu, di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Selepas prosiding sebutan kes di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh, dua peguam iaitu Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris memaklumkan mereka merupakan peguam baharu bagi pihak Zaim Ikhwan Zahari, 29, dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 29.

“Kami baharu sahaja mendapat arahan lantikan baharu ini daripada anak guam semalam, namun tiada alasan dinyatakan mengenai menukaran pasukan pembelaan,” kata Ramzani.

Sementara itu, Haresh berkata, pembelaan meneliti semua dokumen dan anak guam telah menyatakan mahu membersihkan nama daripada kes terbabit.

Dalam prosiding ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.

Zaim Ikhwan dan isterinya, Ismanira tiba pada jam 8.49 pagi bagi prosiding kes berhubung permohonan representasi untuk menarik balik atau membatalkan pertuduhan terhadap mereka.

Bagaimanapun kelibat peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili mereka sebelum ini tidak kelihatan bersama mereka.

Dalam prosiding lalu, mahkamah menetapkan 6 Disember untuk perkembangan representasi bagi menggugurkan kes, selepas pembelaan memberitahu akan menghantar permohonan untuk menyemak kes terbabit dalam tempoh terdekat.

Pada 13 Jun lalu, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga keesokannya pada jam 9.55 malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SinarHarian-

Tags: Fahmi Abd MoinIbu Bapa Zayn Rayyan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Ibu Bapa Zayn Rayyan Batal Pertuduhan Ditolak

Permohonan Ibu Bapa Zayn Rayyan Batal Pertuduhan Ditolak

04/03/2025
0

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan...

Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Bayar Jamin RM10,000 Seorang

Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Bayar Jamin RM10,000 Seorang

13/06/2024
0

PETALING JAYA : Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin membayar ikat jamin RM20,000 di Kompleks Mahkamah di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd