• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Bayar Jamin RM10,000 Seorang

oleh Mohd Arshad
13/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Bayar Jamin RM10,000 Seorang
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin membayar ikat jamin RM20,000 di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun membuat pembayaran itu jam 12.40 tengah hari.

Sejurus itu, suami isteri berkenaan dilihat menaiki Perodua Myvi putih sebelum meninggalkan kompleks mahkamah.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, suami isteri itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak berusia enam tahun itu, mengabaikannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

Hakim kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Tiada syarat pasport kerana dokumen perjalanan tertuduh terbabit sudah tamat tempoh.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Julai ini.

Hanya pihak terbabit kes Zayn Rayyan kena perintah larangan bersuara

Dalam pada itu, Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan hanya pihak terbabit prosiding pengabaian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, ‘terikat’ dengan ‘gag order’ atau perintah larangan bersuara supaya tidak mengeluarkan kenyataan membabitkan kes berkenaan.

Hakim Dr Syahliza Warnoh, membuat keputusan itu selepas peguam Fahmi Abd Moin mewakili bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, yang berdepan tuduhan pengabaian berkenaan, memohon orang ramai dikenakan ‘gag order’.

Terdahulu, Fahmi meminta perintah itu supaya masyarakat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes terbabit kerana boleh membawa kepada subjudis.

“Saya percaya sebelum mereka (ibu bapa Zayn Rayyan) dituduh pagi ini, banyak kenyataan di media sosial dan mereka amat terkesan.

“Kami minta perintah larangan itu kepada masyarakat umum,” katanya.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron, menyerahkan permohonan itu kepada budi bicara mahkamah, namun mencadangkan tertuduh turut dihalang membuat sebarang hantaran di media sosial mengenai kes berkenaan.

“Perintah itu terlalu umum, had kebebasan bersuara dinikmati oleh semua orang. Jika berlaku pelanggaran, apakah remedi yang boleh diambil dalam kes ini?

“Kalau ‘gag order’, kita ada kumpulan sasaran yang spesifik,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Ibu Bapa Zayn RayyanJaminZayn Rayyan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Datuk, Nenek Zayn Rayyan Akan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Next Post

EAIC Mahu Syor Buang Kerja Penguat Kuasa Kastam Ditahan Kes Tiris Berbilion Ringgit

Related Posts

Ada Elemen Pengabaian Oleh Ibu Bapa Zayn Rayyan – Pegawai Penyiasat

Ada Elemen Pengabaian Oleh Ibu Bapa Zayn Rayyan – Pegawai Penyiasat

24/04/2025
0

PETALING JAYA: Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terdapat...

Zayn Rayyan Mati Dijerut, Dubur Koyak Bukan Lemas – Pakar Forensik

Zayn Rayyan Mati Dijerut, Dubur Koyak Bukan Lemas – Pakar Forensik

08/04/2025
0

PETALING JAYA: Kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin meninggal akibat dijerut kemungkinan menggunakan tali, lanyard atau kain dipintal dan...

Next Post
EAIC Mahu Syor Buang Kerja Penguat Kuasa Kastam Ditahan Kes Tiris Berbilion Ringgit

EAIC Mahu Syor Buang Kerja Penguat Kuasa Kastam Ditahan Kes Tiris Berbilion Ringgit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd