• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwaan Akan Buktikan Tindakan Pegawai Polis Langgar Pelajar Ada Niat Sebabkan Kematiannya

oleh Mohd Arshad
05/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pendakwaan Akan Buktikan Tindakan Pegawai Polis Langgar Pelajar Ada Niat Sebabkan Kematiannya
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Pihak pendakwaan bagi kes pegawai kanan polis dituduh membunuh pelajar Tingkatan Lima pada Disember tahun lalu akan membuktikan tindakan tertuduh kes itu dilakukan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang lazimnya cukup bagi menyebabkan kematian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz berkata demikian ketika membacakan ucapan pembukaan prosiding kes pendakwaan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet pada prosiding yang memasuki hari kedua di sini, hari ini.

Afzainizam berkata, perkara yang akan dibuktikan pihak pendakwaan adalah perbuatan tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, melanggar mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pada had laju tinggi tanpa sebarang tindakan evasif (mengelak) biarpun had laju dibenarkan di kawasan tempat kejadian adalah setakat 30 kilometer per jam (km/j) saja.

Katanya, perbuatan tertuduh itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan, yang mana perbuatan melanggar mangsa dilakukan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan kecederaan itu pada lazimnya cukup bagi menyebabkan kematian mangsa, selaras Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan.

“Tertuduh melanggar si mati (mangsa) dengan mengetahui perbuatan itu berbahaya sehingga mungkin menyebabkan kematian atau sesuatu kecederaan yang mungkin menyebabkan kematian.

“Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab, bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian, atau bencana sebagaimana disebut selaras dengan Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan,” katanya.

Prosiding yang berlangsung hari ini membabitkan tiga saksi pendakwaan (SP) dipanggil iaitu anggota polis yang bertugas di kaunter aduan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BPSTD) Ipoh, Konstabel Muhammad Azif Daniel Abdul Ghaffar selaku SP1; penjaga stor barang kes Cawangan D5 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Koperal Md Zahir Abdullah (SP2) dan pegawai siasatan forensik makmal Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Nur Fairuz Idris (SP3).

Lebih 10 barang kes termasuk kereta dan motosikal yang ditandakan sebagai exhibit kes berkenaan, dibawa ke mahkamah hari ini bagi kelancaran prosiding itu.

Ucapan pembukaan prosiding kes itu antaranya menyebut, Mohd Nazri yang ketika kejadian memandu kereta Perodua Ativa putih melanggar motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang Muhammad Zaharif Affendi, ketika menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jati, di sini.

Ketika kejadian, mangsa adalah pelajar sekolah SMK Taman Jati, manakala tertuduh selepas pergi ke sekolah itu kemudian keluar semula dan mengekori serta mengejar mangsa.

“Tertuduh mengekori dan mengejar si mati (mangsa) dari kawasan persimpangan Jalan Taman Jati 1/ Jalan Pekeliling Meru Indah menuju ke kawasan Masjid Muhammad Al Fateh dan kawasan perumahan Taman Gerbang Meru Indah.

“Setibanya di kawasan hujung jalan kawasan perumahan Taman Gerbang Meru Indah, tertuduh dan si mati berpatah balik menuju ke laluan sama menghala semua ke kawasan persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah.

“Selepas berpatah balik, tertuduh masih mengekori dan mengejar si mati. Setibanya si mati di persimpangan Jalan Taman Jati 1/ Jalan Pekeliling Meru Indah, tertuduh melanggar bahagian belakang motosikal si mati,” katanya.

Afzainizam berkata, akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian, dengan pemeriksaan perubatan dan bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan maut akibat pelanggaran itu.

BHonline-

Tags: Pegawai Kanan Polispelajar tingkatan limapelajar tingkatan timaPihak pendakwaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Belum Dapat Sahkan Pemilik Bagasi Berisi RM500,000 – KP Selangor

Pegawai Kanan Polis Lindungi Kegiatan Haram, Terima Suapan Sejak 2021

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, dipercayai menerima suapan sejak 2021 lagi. IKUTI...

Pinda Laporan Audit 1MDB: Pendakwaan Masih Belum Fail Petisyen Rayuan

Pinda Laporan Audit 1MDB: Pendakwaan Masih Belum Fail Petisyen Rayuan

30/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan masih belum memfailkan petisyen rayuan berhubung keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd