Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Manusia Tertua Berumur 117...

MANUSIA tertua di dunia, Nabi Tajima yang berasal dari Jepun telah menghembuskan nafas...

Tular Video Datuk Siti...

FENOMENA sebutan 'Om Telolet Om' di negara jiran, Indonesia memang sudah diketahui umum...

Penari Klasik Malaysia Raih...

NEW DELHI - Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal Malaysia, Datuk Ramli...

‘Puteri Leia Star Wars’,...

PELAKON yang dikenali dengan watak Puteri Leia Organa dalam Star Wars iaitu Carrie...

Pegawai Kanan Polis Lindungi Kegiatan Haram, Terima Suapan Sejak 2021

KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, dipercayai menerima suapan sejak 2021 lagi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, suspek berusia 40an menerima wang suapan itu daripada sindiket dalam bentuk tunai sebagai balasan melindungi aktiviti haram membabitkan perjudian, maksiat dan kumpulan gangsterisme sekitar Kuala Lumpur.

Sumber berkata, selain pegawai kanan itu, seorang anggota polis dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram sekitar Kuala Lumpur, turut ditahan.

“Hasil penahanan ke atas suspek utama, SPRM turut menemui sejumlah wang tunai bernilai lebih RM1.2 juta hasil serbuan di beberapa premis milik suspek.

“Suspek utama telah ditahan di Putrajaya kelmarin, manakala suspek kedua yang juga anggota bawahannya ditahan pada hari yang sama di sekitar Kuala Lumpur,” kata sumber.

BH difahamkan, perintah reman selama tiga hari iaitu kepada suspek utama sudah dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Farhana Mohd Najib, manakala suspek kedua direman selama sehari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.


Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti dalang lain yang terbabit.

BH sebelum ini melaporkan, pegawai kanan itu ditahan selepas disyaki terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Katanya, penahanan pegawai terbabit turut membawa kepada penemuan wang tunai jutaan ringgit selain turut memiliki harta yang tidak munasabah.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori