Friday, February 23, 2024

Creating liberating content

Hampir Seluruh Daerah Zon...

KUALA LUMPUR - Hampir seluruh daerah di Semenanjung kini berstatus zon merah dan...

Orang Asli, Pemburu Haram...

SIMPANG PULAI - Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hari ini mendedahkan terdapat...

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan...

KOTA BHARU - Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi...

Razer Blade Baru Lebih...

RAZER, pengeluar produk dan perkakas khusus untuk permainan komputer melancarkan versi terbaru Blade,...

Pinda Laporan Audit 1MDB: Pendakwaan Masih Belum Fail Petisyen Rayuan

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan masih belum memfailkan petisyen rayuan berhubung keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada tuduhan meminda laporan akhir audit syarikat itu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan notis rayuan yang difailkan sebelum ini dibatalkan dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Mac lalu dikekalkan.

Sehubungan itu, pada pengurusan kes itu yang dijalankan secara dalam talian, Mahkamah Rayuan menetapkan 12 September ini untuk sebutan rayuan itu.

Pada tarikh tersebut, Najib dan Arul Kanda perlu hadir.

Peguam, Alaistair Brandah Norman yang mewakili Najib dan peguam, Datuk N. Sivananthan yang mewakili Arul Kanda ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mengikut Seksyen 307 Kanun Prosedur Jenayah, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah perlu memfailkan rayuan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan itu dibuat.

Selepas itu, pihak yang ingin merayu perlu memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh 10 hari selepas mendapat segala rekod rayuan daripada mahkamah bicara.

Namun, pihak yang ingin merayu boleh memohon masa tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan sekiranya perlu.

Menurut laporan media, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan kes itu pada 9 Mac lalu.

Pada 3 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.


Mahkamah pada tarikh tersebut turut memutuskan bahawa Arul Kanda layak mendapat sijil indemniti yang menghalangnya daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Najib dan Arul Kanda didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Disember 2018. Pada 14 Mac 2019, kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Mengikut pertuduhan pindaan, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya di dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB yang dimuktamadkan oleh Ketua Audit Negara dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan semula dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) yang mana Najib secara langsung mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb, 2016.

Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam meminda laporan berkenaan bagi melindungi bekas Presiden UMNO itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman sama, jika sabit kesalahan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori