Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

UMNO Jangan Tahu Main...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu mengangkat kepentingan rakyat sebagai keutamaan melangkaui politik kepartian...

Pura-Pura Diculik Kerana Mahu...

SEORANG pelakon telah memalsukan penculikannya sendiri dalam usaha terdesak untuk memenangi semula hati...

Jadual Padat Jejas Beregu...

PETALING JAYA - Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengakui prestasi...

Kim Chol Berjalan Terhincut-Hincut...

SHAH ALAM – Abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dilihat...

MYCC – Bergerak Tanpa Kawalan?

PERSOALAN yang ditimbulkan Datuk Seri Jalaludin Alias (BN-Jelebu) di Parlimen hari ini berkaitan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Apakah MYCC bergerak terlalu bebas tanpa ada sebarang semak dan imbang dari pihak lain?

“Adakah perkara seperti ini memang biasa dalam ruang lingkup MYCC? Kita ambil contoh suruhanjaya lain yang bersifat seperti MYCC ini iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SPRM mempunyai mekanisme semak dan imbang seperti Pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA) yang dibuat melalui peruntukan undang-undang.

“Sementara pembentukan Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibuat secara pentadbiran,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Jalaludin berkata, MYCC sepatutnya memainkan peranan untuk mengawal selia persaingan pasaran, mengelakkan wujudnya kartel dan memastikan kepentingan perniagaan pengguna dan ekonomi dilindungi.


Bagaimanapun katanya, MyCC juga dilihat sering membuat kenyataan media terhadap cadangan keputusan yang mana cadangan keputusan tersebut bukan lagi dianggap satu kesalahan.

“Adakah perkara seperti ini memang biasa dalam ruang lingkup MYCC?,” soalnya

Beliau turut menyatakan bahawa MYCC bersifat ‘draconian’ berikutan tiada sebarang mekanisme semak dan imbang dalam proses siasatan, rayuan serta membuat keputusan dalam agensi itu.

Draconian merujuk kepada peraturan, undang-undang, atau tindakan yang sangat keras, kejam, atau menindas. Istilah ini berasal dari nama Draco, seorang penggubal undang-undang di Athens pada abad ketujuh sebelum Masihi, yang terkenal dengan undang-undang yang amat tegas, yangi mana kesalahan kecil sekalipun boleh dihukum dengan hukuman mati. 

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori