• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikatnya berhubung dakwaan syarikat e-hailing itu terbabit antipersaingan.

Keputusan dicapai sebulat suara oleh panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk S Nantha Balan, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, yang turut memerintahkan MyCC membayar RM50,000 sebagai kos guaman.

Chong Fong ketika membacakan keputusan berkata tiada merit dalam rayuan MyCC, malah tiada prosedur pembetulan dalaman tersedia kepada Grab Inc, Grabcar Sdn Bhd dan Myteksi Sdn Bhd untuk merayu terhadap keputusan yang dicadangkan.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi juga tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya menyatakan bahawa siasatan dijalankan oleh MyCC terhadap syarikat berkenaan tercemar dengan kecuaian prosedur.

Hakim sama berkata pengendalian aduan MyCC pada 2019 adalah sambil lewa, yang mencerminkan kecuaian prosedur.

Beliau berkata tiada bukti menunjukkan bahawa MyCC telah memaklumkan syarikat berkenaan mengenai siasatan terhadap aduan 2019, sekali gus menghalang mereka mendapatkan peluang untuk memahami tuduhan spesifik terhadap mereka.

Pada 6 Julai 2023, Grab Inc, Grabcar Sdn Bhd dan Myteksi Sdn Bhd berjaya memperoleh perintah certiorari daripada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda MyCC, yang mendorong MyCC untuk merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Kes bermula apabila tiga syarikat tersebut mengemukakan semakan kehakiman pada Disember 2019 untuk mencabar denda dicadangkan oleh MyCC terhadap dakwaan pelanggaran Akta Persaingan khususnya klausa sekatan dikenakan ke atas pemandu mereka.

Pada Februari 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan ketiga-tiga syarikat berkenaan kerana mahkamah menganggap langkah itu terlalu awal memandangkan keputusan dicadangkan belum muktamad.

Bagaimanapun, Grab mengemukakan rayuan dan pada April 2021, Mahkamah Rayuan membenarkan semakan kehakiman dan merujuk kes itu semula ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh berdasarkan merit kes.

Pada 2022, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan MyCC untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, membuka jalan bagi Mahkamah Tinggi untuk menjalankan perbicaraan substantif mengenai semakan kehakiman pada tahun itu.

Dalam prosiding hari ini, MyCC diwakili peguam Tan Sri Tommy Thomas dan Mervyn Lai Wei Shiung, manakala pasukan undang-undang syarikat berkenaan diwakili Datuk Malik Imtiaz Sarwar.

BHonline-

Tags: dendaMahkamah RayuanMyCC
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd