Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Bekalan Ikan Di Kelantan...

PASIR PUTEH - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan di...

Penggabungan KWSP-PERKESO Akan Ditentukan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada kerajaan mengenai...

Remaja Didenda RM5,000 Kerana...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki yang datang ke ibu kota untuk mencari...

Selepas 70 Tahun Ekskavasi,...

SELEPAS lebih tujuh dekad melakukan kerja-kerja ekskavasi dan pembersihan, Mesir akhirnya membuka kepada...

Enam Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Sungai Golok Positif Dadah

Kota Bharu : Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat wanita yang ditahan di selatan Thailand pada Jumaat lalu didapati positif dadah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jurucakap polis Thailand berkata, enam individu termasuk tiga wanita itu akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat, esok untuk mendapatkan perintah reman selepas ditahan di lokap polis Sungai Golok.

“Mereka akan dihantar ke mahkamah di Narathiwat yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Sungai Golok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan oleh polis Thailand,” katanya.

Beliau berkata, keenam-enam mereka dijangka akan didakwa bersama kerana memiliki 6,000 pil kuda itu, namun siasatan masih diteruskan.

“Dua wanita lain juga akan didakwa kerana memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah,” katanya.


Semalam, media melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita ditahan selepas dipercayai memiliki sejumlah pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi kelmarin.

Kesemua mereka berusia 25 hingga 32 tahun ditahan kira-kira 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.

Tangkapan enam individu membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan itu menemui 6,000 biji pil kuda.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori