• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Kadet UPNM Dibuli, Biar Polis Siasat – Anwar

oleh AK-47
01/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dakwaan Kadet UPNM Dibuli, Biar Polis Siasat – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan siasatan kepada pihak polis berhubung kejadian membabitkan pelajar kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang disyaki dibuli oleh senior menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa pihak polis.

“Itu urusan polis. Saya bagi nasihat secara umum jangan berlaku di sekolah, sekolah menengah, maahad tahfiz, sekolah Cina, semua… dan ini kena dihentikan.

“Guru besar, pengetua, naib canselor, pengetua kolej juga perlu bertanggungjawab untuk melihat bagaimana untuk menghentikan budaya buruk ini kerana terlalu banyak aduan.

“Yang dapat tahu itu (kejadian buli terkini) apabila kebetulan terbongkar di media sosial… tetapi ini mesti dihentikan, naya anak-anak,” katanya ketika ditemui wartawan selepas selesai majlis Temu Anwar di Dewan Theatrette UPNM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ditanya mengenai perbincangan dengan Naib Canselor UPNM mengenai insiden buli berkenaan dan sama ada pelakunya sudah dapat dikesan.

Terdahulu, dalam majlis Temu Anwar itu, Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap budaya buli yang seolah-olah menjadi budaya terutama di universiti dan institusi pendidikan di negara ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan siasatan mengenai kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM, Sungai Besi yang didakwa menjadi mangsa buli dan dera oleh penuntut senior.

-Harian Metro

Tags: polisUPNM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saya Tidak Akan Sertai FAM, FAM Akan Sertai Saya – Tunku Mahkota Ismail

Next Post

Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Selasa Ini

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Selasa Ini

Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Selasa Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd