Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Imigresen Perkenalkan Sistem Bayaran...

PETALING JAYA - Jabatan Imigresen kini memperkenalkan kaedah pembayaran baharu menggunakan kad kredit...

Melayu Singapura Paling Lama...

SINGAPURA - Kaum Melayu di Singapura dilaporkan paling lama mendengar siaran stesen radio...

4 Sungai Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan empat...

Jangan Fitnah JPJ Berkaitan...

BUTTERWORTH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Saya Tidak Akan Sertai FAM, FAM Akan Sertai Saya – Tunku Mahkota Ismail

KUALA LUMPUR : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampak bakal menjadi bertambah mantap selepas persatuan itu dijangka kembali mendapat sentuhan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Namun menariknya, Tunku Mahkota Ismail tidak akan menyertai FAM namun sebaliknya badan induk itu yang akan menyertai beliau.

Tunku Mahkota Ismail berkata demikian ketika membalas komen pelayar Internet di Instagram yang bertanyakan bila beliau akan menyertai FAM.

“Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Sebagai rekod, Tunku Mahkota Ismail pernah menjadi Presiden FAM bagi penggal 2017/2021 sebelum beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya setahun kemudian.

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Ismail menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden FAM, Datuk Seri Hamidin Mohd Amin.

Antara yang turut dibincangkan dalam pertemuan itu adalah mengenai perancangan serta pembangunan sukan bola sepak negara dan pasukan kebangsaan.


Terdahulu, Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak untuk pasukan Harimau Malaya, skuad bawah 18 (B-18) tahun dan B-13 dengan kerjasama FAM.

Katanya, ia bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain.

Sebelum ini, media melaporkan seolah-olah wujud idea baharu untuk memperkasakan skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa dengan mencadangkan agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.

Perkara itu dikongsikan Tunku Mahkota Ismail di laman sosial miliknya apabila berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.

Namun, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan ia bukanlah penswastaan sebaliknya satu unit baharu yang tetap berada di bawah seliaan badan induk itu akan ditubuhkan untuk memantau dan mengendalikan skuad kebangsaan secara khusus selepas ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori