• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

oleh Mohd Arshad
12/05/2025
dalam Terkini
0
Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi itu dijalankan bagi memberi kesedaran kepada pelajar terbabit selain aduan daripada penduduk sekitar.

“Satu operasi disusun atur di mana tindakan penguatkuasaan saman diberikan kepada pelajar yang melakukan kesalahan jalan raya ketika pergi dan balik dari sesi persekolahan.

“Tujuan tindakan penguatkuasaan dibuat adalah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar yang menggunakan kenderaan terutama motosikal ke sekolah mematuhi undang-undang jalan raya yang sedia ada,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, isu keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal khususnya dalam kalangan pelajar diberi keutamaan.

Katanya, menerusi operasi itu, kepentingan pemakaian topi keledar ditekankan bagi mengelakkan kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.

Menurutnya, kebanyakan saman dikeluarkan membabitkan kesalahan tiada lesen memandu, tidak memakai topi keledar, ubahsuai ekzos dan tiada cermin sisi.

-Harian Metro

Tags: Op DidikpolisSekolah Menengah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MRSM Kepala Batas Secara Rasmi Dinamakan MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

Next Post

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

Next Post
Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam - Exco

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd